Hari ini , 1 Disember bersamaan 6 Muharam 1433 hijrah, bermulanya Perhimpunan Agung UMNO kali ke 62 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Hari ini juga, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Al Habshee yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri Wilayah Persekutuan akan membahaskan ucapan Dasar Presiden UMNO.
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras sentiasa akan menyokong dan mendokong perjuangan membela Agama, Bangsa dan Tanahair bersama - sama Datuk Wira Syed Ali AlHabshee.
Serangkap pantun untuk Datuk Wira Syed Ali :
Suara Ibarat Petir Membelah Bumi,
Wakil dari Badan Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan,
Setiap kata penuh makna dan berisi,
Siapa yang mendengar pasti tertawan.
Ucapan dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, "Selamat Bersidang" kepada Para Perwakilan UMNO Bahagian Cheras.
Datuk Wira Syed Ali Al Habshee , Ketua UMNO Bahagian Cheras dan Datuk Syed Mehdhar, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras bersama perwakilan UMNO Bahagian Cheras.
No comments:
Post a Comment