Thursday, January 12, 2012

PRU 13 : ABAI - ASAL BUKAN ANWAR IBRAHIM

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menyokong pandangan Datuk Wira Syed Ali Alhabshee - Ketua UMNO Bahagian Cheras merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan yang bersependapat dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pembebasan Anwar Ibrahim daripada kes liwat Isnin lalu tidak memberi tekanan kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Keputusan kes liwat tersebut membabitkan peribadi Anwar dan tiada ada sebarang kaitan dengan pihak UMNO mahupun Kerajaan Malaysia. Keputusan Mahkamah telah dimanipulasikan oleh pembangkang kononnya UMNO semakin tertekan bertujuan menagih undi menjelang PRU ke-13 tidak lama lagi. Walaupun pembangkang terutama Anwar mula ‘menyanyi’ merayakan pembebasan beliau daripada tuduhan meliwat bukan bermakna beliau mendapat sokongan rakyat.

“Majoriti rakyat di negara ini terutama orang Melayu tidak terikut-ikut dengan rentak Anwar yang selama ini terkenal sebagai kaki pembohong,” tegas Datuk Wira Syed Ali Al Habshee. Sebaliknya jelas beliau, hanya kumpulan kecil termasuk pengikut DAP dan PAS yang turut ‘menyanyi’ bersama Anwar bersabit isu meliwat.

Menurut Datuk Wira Syed Ali lagi, UMNO tidak berdepan dengan isu peribadi Anwar tetapi bersedia untuk menentang pakatan pembangkang, PKR, DAP dan PAS. UMNO sudah matang dan ‘cukup masak’ untuk berdepan dengan pembangkang sejak 12 kali PRU diadakan. “Biarlah mereka (pembangkang) riuh menyanyikan lagu liwat Anwar, bagi UMNO, kita sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan,” tegasnya. Katanya, majoriti orang Melayu di negara ini tidak akan ‘sekelip mata’ lupa kepada beberapa tindakan politik Anwar sebelum ini yang telah membawa kepada perpecahan umat.

Sehubungan itu, beliau berharap pembangkang akan berpegang kepada pengakuan mereka bahawa sistem penghakiman di negara ini bebas, adil dan telus serta tidak dikongkong oleh kerajaan.
Kata Datuk Wira Syed Ali lagi, walaupun Isnin lalu Anwar dibebaskan daripada pertuduhan meliwat tetapi fail sisatan kes video seks membabitkan seorang pelacur difahamkan masih lagi belum ditutup. “Kes itu masih lagi belum tutup dan jika selepas ini Anwar dihadapkan ke mahkamah, jangan pula ada yang tuduh ianya sebagai satu lagi konspirasi,” ujarnya.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan terus bersama mendokong dan menyokong barisan kepimpinan UMNO Bahagian Cheras dalam memastikan kejayaan UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya UMUM ke 13 akan datang.Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan melancarkan slogan "ABAI" - Asal Bukan Anwar Ibrahim bermula hari ini di setiap penulisan Blog Puteri UMNO Bahagian Cheras.


No comments: