Sekali lagi pihak pembangkang
melontar tuduhan terhadap kerajaan bahawa tindakan mendakwa Ketua Umum PKR,
Anwar Ibrahim dan timbalan presiden parti itu, Azmin Ali berhubung himpunan
Bersih 3.0 motifkan politik. Rakyat Malaysia sudah
muak dengan alasan yang diberikan Anwar setiap kali pendakwaan mahkamah
dilakukan terhadapnya.
Pemecatan beliau oleh Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998 dikatakan 'konspirasi politik
peringkat tertinggi'. Begitu juga dakwaan liwat, pertama
kali 14 tahun lalu dan kali kedua pada 2008, juga dianggap 'konspirasi' untuk
menyekat impian Anwar ke Putrajaya.
Malah bagi menguatkan lagi hujah
mereka, maka diseret pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa seperti Human
Rights Watch untuk membuat menyokong Bersih 3.0 serta menghentam
kerajaan.
Begitulah sifat dan perangai
pimpinan pembangkang terutamanya Anwar dan kuncu-kuncunya yang sentiasa
bergantung atas sokongan NGO dari Amerika Syarikat mahupun Eropah untuk
menyokong segala tindak tanduk politik mereka, walaupun perbuatan itu secara
terang melanggar undang-undang negara ini.
Anwar dan pakatan pembangkang yang
diketuainya mahu dilihat bahawa mereka bebas melakukan apa sahaja untuk
menentang kerajaan tanpa apa-apa sekatan perundangan.
Ini termasuklah mengadakan siri
ceramah tanpa permit sesuka hati mereka di seluruh negara serta menganjurkan
perhimpunan yang berakhir dengan rusuhan.
Di dalam himpunan Bersih 3.0 pada
28 April lalu, bukan sahaja ramai peserta, malah petugas media serta anggota
polis yng menjalankan tugas mereka turut tercedera.
Ini semuanya angkara Anwar yang
dilihat di dalam paparan video memberi arahan supaya peserta merempuh halangan
untuk menceroboh Dataran Merdeka yang sudahpun diisytiharkan sebagai zon
larangan.
Begitu juga penganjur utamanya,
Ambiga Sreenevasen seorang peguam kanan yang sepatutnya arif mengenai
undang-undang tetapi bertindak lebih sebagai pemimpin
pembangkang.
Pembangkang berfikir mereka bebas
dari segala dosa dan kesalahan, justeru itu juga bebas melakukan apa sahaja
tanpa sebarang tindakan undang-undang. Malah mereka memperlecehkan Akta
Perhimpunan Aman 2012 yang diluluskan untuk menangani antara lain penganjuran
serta protes jalanan seperti Bersih 3.0.
Tindakan kerajaan mendakwa Anwar,
Azmin dan lain-lain pemimpin pembangkang dalam isu ini patut dipuji dan
dihargai. Ia menunjukkan dalam hal menjaga
keselamatan awam dan negara, kerajaan bersikap tegas dan tidak memilih
bulu. Sesiapa sahaja yang melanggar
undang-undang, tidak kira apa kedudukan mereka dalam masyarakat, hatta Ketua
Pembangkang sekali, tidak bebas melakukan perkara yang menodai kesucian
perundangan negara.
Samada Anwar dan Azmin bersalah
atau tidak, terpulang kepada kebijaksanaan mahkamah menentukan berdasarkan hujah
dan bukti sediada.
Bak kata pepatah Melayu, "Siapa yang
termakan cili, Dialah yang merasa pedasnya" atau dalam lingo anak-anak muda, "sendiri buat sendiri tanggung"......lu fikirlah sendiri...
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menyokong keterangan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhashee ; Amerika Syarikat (AS) tidak sepatutnya mencampuri urusan penghakiman negara ini yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menyokong keterangan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhashee ; Amerika Syarikat (AS) tidak sepatutnya mencampuri urusan penghakiman negara ini yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
No comments:
Post a Comment