Isu Politik Pemimpin Melayu.
Anwar di tuduh liwat kali kedua. Najib di tuduh ada kaitan dengan Altantuya.
Isu Rasuah Pemimpin - Pemimpin Parti menjadi isu besar dalam perang ceramah, Isu Kalimah Allah dan pencerobohan Lahad Datu, Sabah..... semua menjadi topik
bicara hari ini. Lebih lagi sekarang ini sumpah dan menyumpah menjadi sandaran,
fitnah memfitnah menjadi mainan dan saman menyaman menjadi alasan menghalalkan cara. Bukan itu sahaja semua
kepimpinan Melayu itu buruk dan kepimpinan Melayu itu hina.
Apakah ini bukan
tanda-tanda awal kemusnahan Bangsa Melayu itu sendiri? Bukan kah ini menunjukkan
kedudukan Melayu itu, dipimpin oleh pemimpin yang gagal memartabatkan Melayu.
Ini bukan isu politik kepartian. Ini bukan isu menyokong UMNO atau menyokong
Parti Keadilan Rakyat mahupun menyokong PAS. Dalam keghairahan ini kita lupa
satu perkara. Asasnya kita Bangsa Melayu, asas dan akar kita Bangsa Melayu yang beragama Islam dan perjuangan
kita untuk memperjuangkan Agama Islam dan Bangsa Melayu. Kenapa kita singkirkan keutamaan kita iaitu memperjuangkan
Agama, Bangsa dan Tanah Air? Kenapa kita terikut-ikut, kenapa kita letak paksi perjuangan ini kepada
kepimpinan dan wadah? Kenapa harus Najib atau Anwar Ibrahim, kenapa harus
Ustaz Hadi, kenapa harus UMNO atau PKR dan PAS.
Keadaan semakin meruncing.
Melayu semakin diambang kemusnahan. Ini kita tidak cerita mengenai mereka yang
ketawa melihat kita. Ini tidak lagi kita menceritakan perolehan mereka dari
percakaran kita orang Melayu. Kita belum juga menimbulkan isu siapa yang akan
beruntung dalam kita bercakaran dan bergaduh. Semua ini melemahkan dan semua ini
sebenarnya meletakkan kedudukan Melayu itu pada tahap yang paling
rendah.
Masa sudah tiba bahawa
Melayu itu bangkit dari gerombolan permasalahan yang wujud sekarang ini. Melayu
kena berikhtiar untuk memulihkan keadaan. Melayu perlu sedar bahawa Melayu itu
akan menjadi mangsa sekiranya di atas sana masih bercakaran. Melayu akan terus
melarat sekiranya di atas sana penuh dengan kemungkaran dan penuh dengan
tindakan yang memalukan Melayu itu sendiri.
Kita mulakan semula.
Mungkin ini masanya untuk Melayu lain selain dari mereka yang bertelagah
memastikan masa depan Melayu itu cerah semula. Masa nya sudah tiba untuk Melayu
lain, golongan cendekiawan dan intelektual Melayu, golongan NGO Melayu,
Pertubuhan – pertubuhan Islam Melayu bangkit untuk memastikan keadaan lebih
sempurna. Melayu dari golongan ini perlu bangkit untuk memastikan kepimpinan
Melayu yang ada membetulkan pendirian, prinsip dan aliran perjuangan.
Masa sudah tiba untuk
Melayu itu sedar bahawa krisis kita merugikan bangsa kita. Ini perlu untuk kita
sedar sebelum perlakuan kita memudaratkan bangsa kita. Kita perlu pastikan
bahawa kita menjadi penentu mereka bukan mereka yang mengarah kita. Kita perlu
hari ini melakukan pengorbanan semula, Demi Melayu. Kita perlu mendesak agar
mereka yang mengetepikan perjuangan bangsa ditolak dari memimpin kita Melayu.
Masanya sudah tiba untuk
Melayu menentukan kepimpinan yang lebih sempurna dalam merealisasikan perjuangan
Melayu. Lupakan kepimpinan yang bertelagah hari ini, mulakan menjadi Melayu
yang akan menentukan nasib bangsa kita. Seruan semua dari apa lapangan untuk
bangkit menyatukan Melayu – agar menjadi satu rangkaian pendesak agar masalah
Melayu diselesaikan dengan segera. Kita haru memulakan langkah agar apabila kita
bangun keesokan hari Melayu itu masih berpijak di bumi sendiri – bukan menjadi
hamba akibat persengketaan kita.
No comments:
Post a Comment