Sunday, November 24, 2013

YB MAS ERMIEYATI -Puteri UMNO ambik serius masalah cawangan 'tutup kedai'


Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mengambil perhatian serius terhadap permasalahan peringkat akar umbi pergerakan itu sehingga ada yang ‘tutup kedai’.
Ketuanya, Mas Emieyati Samsudin menegaskan langkah turun bersemuka dengan pemimpin puteri akar umbi dan bahagian bagi mengenalpasti permasalahan dan mendengar sendiri cadangan untuk penambahbaikan  termasuk hal cawangan puteri ‘mati’ atau ditutup.
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama exco SESI 2013/2016 sayap itu di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pagi Rabu.
Beliau menjawab soalan tentang adanya Cawangan Puteri yang tidak aktif hingga ada yang terpaksa ‘tutup kedai’ semasa mesyuarat pemilihan UMNO baru-baru ini, mengulas lanjut, beliau memberitahu Biro Keahlian dan Pendaftaran Pemilih yang dipengerusikan Naib Ketua Zahida Zarikh Khan akan mengembelingkan usaha kearah memperkasakan keahlian sediada bagi memastikan tiada lagi Cawangan Puteri yang dikatakan ‘tutup kedai’ tersebut.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pergerakan puteri  akan mengadakan ‘retreat team building’ exco puteri UMNO Malaysia dan mengadakan ‘brainstorming’ dikalangan pemimpin puteri bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.
Sebelum itu Mas Emieyati memberitahu sidang media beliau telah lantik tiga orang exco dan dua lagi belum diputuskan. Salah seorang adalah Datin Norsabrina Azizan yang kalah dalam pertandingan jawatan Naib Ketua pergerakan itu pada pemilihan baru-baru ini.
Beliau juga telah membuat pelantikan pegawai, exco, ketua dan naib ketua puteri negeri-negeri disamping mereka juga telah mengangkat sumpah kerahsiaan.
Menurut Mas Emieyati, tiga perkara utama difokuskan iaitu memperbanyakkan keahlian dalam sayap itu, menambah daftar pemilih dan menjadi agen dalam UMNO Bahagian bagi mencari pemilih baru bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).
Disamping itu, katanya, tumpuan akan diberikan pada latihan kepimpinan, sahsiah dan kemahiran selain daripada meneruskan program-program berteraskan agama, ekonomi, pendidikan dan kebajikan.
Untuk Perhimpunan Agung UMNO 2013, Mas Emieyati memberitahu sayap itu akan melancarkan tabung bencana taufan di Filipina, kempen menderma darah dan program mencari bakat anak muda dalam bidang tertentu.
Soal pelantikan barisan kepimpinan dalam sayap itu, beliau memberitahu telah memaklumkan kepada Presiden, Timbalan Presiden dan semua pengerusi badan perhubungan UMNO negeri-negeri.

Mengenai pelantikan tersebut, beliau berkata, “pelbagai latarbelakang, ada profesional, ada yang berpengalaman dalam puteri disamping ada yang lama dan baru diharapakan kepimpinan baru ini dapat membawa suara wanita muda disamping membantu UMNO serta Barisan Nasional (BN).
 Ditanya bagaimana untuk memastikan exco puteri menjalankan tanggungjawab dan tidak hanya mahu glamur, beliau berkata, penting adalah kerja bukannya untuk glamur atau cari populariti.
“Kepimpinan puteri pada era sekarang adalah untuk membantu mengembalikan keyakinan dengan kerja yang lebih baik dan mantap untuk UMNO,” tambahnya.
Mengulas tentang kebebasan membahas usul dalam perhimpunan agung, beliau berkata, kita sewajarnya lebih terbuka menerima kritikan pedas atau yang tidak sedap didengar, ianya perlu diambil secara positif.
Mengenai keahlian puteri, Mas Emieyati mensasarkan keahlian puteri mencecah angka 500,000 orang dalam penggal pertama kepimpinan beliau dan keahlian puteri sehingga 15 November 2013 berjumlah 368,481 orang.

No comments: