Wednesday, February 26, 2014

SEMINAR KERJAYA & USAHAWAN BERINOVASI 2014


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras dengan kerjasama Biro Penerangan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah berjaya mengadakan Seminar Kerjaya & Usahawan Berinovasi 2014, pada 22hb & 23hb Februari 2014 dibawah Program Membara.

Program yang dihadiri oleh 800 orang peserta termasuk wakil pelajar daripada 12 buah sekolah angkat YPC dan IPT, diadakan di SK Convent Jalan Peel,

Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Nazatul Shima dalam ucapan beliau berkata,Seminar ini diadakan bertujuan memberi penerangan dan pendedahan tentang masa depan kemanakah  hala tuju pelajar selepas tamat pengajian sekolah.

Seminar kerjaya ini bertujuan memudahkan mereka melihat dengan lebih jelas pada masa depan mereka sama ada melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya atau meneruskan kerjaya dalam bidang perniagaan,.Mereka dapat memahami tugas-tugas yang harus digalas mengikut bidang-bidang yang mereka minati.

Untuk pelajar kolej pula program tersebut menfokuskan bidang keusahawanan yang berinovasi. Bagi mendedahkan kerjaya sebagai seorang usahawan yang Berjaya. Kami juga mengajar cara-cara pemasaran yang berkesan dan cara mendapatkan modal melalui agensi-agensi kewangan yang bersesuaian.



Perasmian awal Program Seminar Kerjaya ini telah dirasmikan oleh  Datuk Mahadi Bin Abdul Syukor, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras, manakala perasmian penutup oleh Datuk Syed Mehdhar Bin Syed Abdullah, Setiausaha UMNO Bahagian Cheras. 

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Mahadi Abdul Syukor  memberi ucapan serta merasmikan Seminar tersebut




LENSA SEKITAR "SEMINAR KERJAYA & USAHAWAN BERINOVASI 2014"

























No comments: