Selamat
Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam, khususnya Pergerakan Puteri
UMNO bahagaian Cheras ,memberi peringatan bahawa hari raya bagi umat Islam,
bukan sahaja makan minum dan berpakaian, tetapi lebih istimewa ia berkait
dengan ibadah penting dan peristiwa besar kepada umat Islam.
Tahun
demi tahun berlalu, sudah berkali-kali lafaz takbir kita laungkan, sudah banyak
upacara menyembelih binatang korban kita saksikan. Apa yang membezakan setiap
insan apabila tiba Aidil Adha ialah sejauh mana dia memahami dan cuba
menghayati erti tadhiyah.
Manifestasi
pengorbanan yang telah ditunjukkan Ibrahim A.S dan Ismail A.S membuktikan
kebenaran iman dan taqwa kepada Allah. Sejarah pengorbanan ini jauh melangkaui
logika pemikiran. Itu nilai pengorbanan paling tinggi jika diukur dengan fitrah
manusiawi. Begitu sirah mengajar kita, bukan sahaja sirah para nabi, bahkan
kisah sahabat-sahabat dan salafus solah juga seirama. Apabila berlaku
pertembungan wahyu dan nafsu, iman dan taqwa kita menjadi penentu.
Sekarang
kita menyambut hari raya yang berkait dengan ibadah haji dan peristiharan
al-Quran disempurnakan, seterusnya peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim yang
ikhlas beribadah hanya kepada Allah dan menentang syirik, walaupun ianya
didukung oleh kuasa besar dunia paling kaya, kuat dan zalim di zamannya,
akhirnya Allah memberi kemenangan kepada Islam.
Peristiwa
ini dihayati pula oleh kalangan Ansar (para sahabat) dari Madinah yang
berbai’ah di Aqabah dalam musim haji, menyatakan keimanan, kesetiaan dan
bersedia untuk berkorban apa sahaja bagi menegak dan mempertahankan Islam di
tengah kuasa-kuasa besar dunia dan seluruh dunia di zamannya. Akhirnya mencapai
kemenangan dan Islam menjadi kuasa besar tunggal yang memimpin dunia dengan
adil.
No comments:
Post a Comment