Tanggal 12 Februari 2015 bersamaan 22 Rabiulakhir 1436H, perginya seorang tokoh politik dan ulama yang berpengaruh Musyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Abdul Nik Mat beliau meninggal dunia pada usia 84 tahun,pada jam 9.45 malam semalam di kediaman rumahnya Pulau Melaka.
Beliau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Nik Aziz mengidap kanser prostat dan dimasukan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (HUSM) pada 19 Januari lalu.
DikatakanTuan Guru Nik Aziz keluar dari wad HUSM kira-kira 8.40 malam.
Salah seorang daripada anak Allahyarham Nik Abduh telah menjdai ahli politik PAS dan kini menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas Kelantan.
Allahyarham mendapat pendidikan dalam bahasa Arab dan perundangan di Universiti Al-Azhar di Mesir dan merupakan seorang ulama yang disegani dikalangan masyarakat islam.
Admin bersama Pergerakan Puteri UMNO Bahagain Cheras serta seluruhan warga UMNO Bahagian Cheras mendoakan semoga roh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ditempatkan bersama orang-orang yang beriman Syurga Al-Jannah - Al -Fatihah
No comments:
Post a Comment