Friday, November 23, 2012

PROGRAM SENAMROBIK ANJURAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS



Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras dengan kerjasama Kelab Perintis Muda akan mengadakan Program Senamrobik dan Kelas Penjagaan Kesihatan khusus untuk golongan wanita muda di Parlimen Cheras.

Tarikh : 24 November 2012

Hari    : Sabtu

Waktu : 4.00 petang - 6.00 petang

Tempat : Perfect Workout Studio
              15 - 1 Jalan Wangsa Delima 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

 
Kepada ahli - ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras dan Kelab Perintis Muda yang telah mendaftarkan diri, selamat bersenamrobik dan jagalah kesihatan anda.

Wednesday, November 14, 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434

Kalendar Islam akan bertukar ke tahun baru 1434 hijrah. Sambutan Awal Muharam atau Maal Hijrah di Malaysia disambut pada peringkat negara dan tema kali ini ialah ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’.


Hijrah bertitik tolak daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan banyak peristiwa penting berlaku selepas itu. Pastinya, banyak pengajaran dapat dipelajari daripada perjuangan Rasulullah yang sewajarnya dijadikan iktibar.

Firman Allah SWT: “Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (memberikan pertolongan) kepada orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnahkan (oleh kaum musyrik), kemudian mereka berjihad serta bersabar; sesungguhnya Tuhanmu - sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan – adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 110)

Allah SWT tidak menjadikan sesuatu peristiwa itu sia-sia bahkan ada pengajaran atau ‘ibrah’ di sebaliknya bertujuan sebagai pengajaran serta panduan kepada umat berikutnya.

Firman Allah SWT: “Demi sesungguhnya, kisah nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah nabi-nabi yang terkandung dalam al-Quran) bukanlah ia cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut dalam kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.” (Surah Yusuf, ayat 111)

Begitu juga dengan apa yang terjadi kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, sebagai pemimpin dan pembawa kebenaran kepada seluruh umat. Banyak sirah Baginda yang berlaku untuk membimbing kepada jalan kebenaran.

Maksud hijrah
Perkataan ‘hijrah’ bermaksud berpisah atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain dan dalam konteks lain, hijrah juga dikaitkan dengan perubahan sikap atau tingkah laku. Dalam hal ini Allah SWT menyarankan umat Islam berhijrah ke arah iman lebih kukuh dan mantap.

Setiap manusia yang hidup pasti akan menerima ujian, lebih-lebih lagi orang yang beriman. Semakin tinggi darjat keimanan seseorang itu, maka semakin tinggilah ujian keimanan yang akan dihadapinya.

Antara ujian itu disebut dalam firman Allah SWT: “Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (memberikan pertolongan) kepada orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnahkan (oleh kaum musyrik), kemudian mereka berjihad serta bersabar; sesungguhnya Tuhanmu - sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan – adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 110)

Hijrah juga dapat dikaitkan dengan aspek pengorbanan dan jihad kerana hijrah adalah antara cara untuk mempertahankan akidah Islam yang suci serta menjaga kehormatan diri.

Ini bertepatan firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang yang beriman, dan orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang yang mengharapkan rahmat Allah dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Baqarah, ayat 218)

Sempena sambutan tahun baru hijrah 1434 ini, sewajarnya setiap kita bermuhasabah diri atau memperbetulkan amalan supaya tidak melakukan perbuatan bertentangan syariat Islam agar sambutan yang diadakan lebih bermakna.

Transformasi lebih berjaya

Ini selaras persetujuan ulama yang memahami peristiwa hijrah nabi adalah titik perkembangan dakwah Islamiah bagi membina masyarakat dan menjurus seluruh umat Islam melakukan transformasi ke arah lebih berjaya.

Umat Islam di negara ini hendaklah mengambil peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW untuk menghayati ajaran Islam supaya hidup mereka lebih bermakna serta berjaya. Biarlah niat hijrah kita menjanjikan kebahagiaan serta kejayaan di dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT: “Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nisa’, ayat 100)

Selain itu, semoga kita sama-sama dapat menghayati maksud doa awal tahun yang sering dibaca bagi menyambut tahun baru hijrah yang bermaksud: “Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dari-Mu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepada-Mu Wahai Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.”

Semoga kehadiran 1 Muharam 1434 akan membawa kebaikan dalam segala aspek kehidupan diri dan masyarakat. Marilah bersama menghayati firman Allah SWT: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara dan kamu dulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” (Surah Ali-Imran, ayat 103)

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengucapakan SALAM MAAL HIJRAH 1434 kepada seluruh umat Islam di dunia khususnya.

Monday, November 12, 2012

HIMPUNAN WANITA MUDA NEGARA 2012


Himpunan Wanita Muda 2012 kali pertama diadakan sebagai satu hari bagi wanita muda untuk mengalamai satu ekplorasi tentang peranan wanita muda dalam arus perubahan. Himpunan ini bukan sekadar himpunan, sebaliknya dirangka bersifat provokatif bagi membuka minda dan menganjak paradigma wanita-wanita muda tentang peranan dan potensi sebenar mereka dalam mencorakkan kemajuan negara.
 
Maklumat lanjut :
laman web : www.wanitamuda.my
facebook : facebook.com/WanitaMudaMY
twitter ; @WanitaMudaMY
 

Inspirasi

Nilai kendiri dan upaya potensi wanita muda dalam kepimpinan merentasi bidang

Dedikasi

Ruang profesional baru melalui pembudayaan kepimpinan yang lebih strategikal

Ekspresi

Ekspresi bakat dan potensi dalam memimpin sebuah perubahan

Aspirasi

Generasi untuk menggerakkan perubahan dalam agenda transformasi negara



“Kita percaya dengan semangat dan dedikasi, para wanita kini kental dalam menjalankan kewajipan mereka..”
 
YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin
Ketua Puteri UMNO
YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin

Saturday, November 10, 2012

KELEMAHAN SISTEM PERUNDANGAN : IMPLIKASI TERHADAP ISLAM DAN BANGSA MELAYU DI MALAYSIA

MUQADDIMAH

Maksud hadith;

Daripada Ibn Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad).


(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll)

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh"

(Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud)

Dalam sejarah lampau, kes Natrah, seorang wanita Belanda yang memeluk Islam dan berkahwin dengan Mansor Adabi telah dipaksa oleh ibu bapanya keluar dari Islam (Murtad) dan menggunakan mahkamah British di Singapura untuk dibawa balik ke Belanda.

Keprihatinan seluruh umat Islam dan masyarakat dari seluruh pelusuk Tanah Melayu untuk berjalan kaki dan berbasikal untuk berkumpul dan berdemonstrasi di Singapura untuk membantah dan mempertahankan aqidah hanya SEORANG muslimah dari dimurtadkan tanpa sedikitpun memikirkan perasaan takut untuk berhadapan dengan bedilan peluru serta cota tentera British dan sebagainya yang menghalang mereka

Hakikat yang berlaku selepas itu hingga sekarang, umat Islam sekarang terlalu lemah dan dayus untuk hanya mampu melihat sahaja tanpa memperdulikan langsung sejumlah 100,000 (Mufti Perak), dan 250,000 kes yang telahpun murtad “tanpa paksaan” dan hanya menanti untuk didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Negara…

Apa pendirian kita…?

Bangsa Melayu khususnya di Malaysia, adalah satu-satunya bangsa di dunia yang mengguna pakai definisi yang jelas di dalam perlembagaan untuk mentakrifkan definisi perkataan Melayu serta skop yang merangkuminya.

Istilah Melayu di Malaysia dijelaskan sebagai seorang yang penganut agama Islam, dan Islam & Melayu pada dasarnya mengikut definisi perlembagaan sama sekali tidak boleh dipisahkan.
 
Perkara ini diletakkan dengan jelas di dalam perlembagaan dan menjadi suatu undang-undang di Malaysia untuk Melayu tidak dibenarkan meninggalkan Islam,(rujuk Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan), dan Melayu dan bangsa lain yang menganut agama Islam adalah tertakluk di bawah syariat Islam dan perundangan Mahkamah Syariah di Malaysia.


AZLINA JAILANI @ LINA JOY?

Nama asal: Azlina Jailani, pernah memohon pada tahun 1997 untuk ditukar kepada Azlina Lelani tetapi ditolak sebab beralasan telah tukar agama Kristian.

Permohonan kedua untuk tukar kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan Kad Pengenalan Baru tertera perkataan Agama Islam.

Ayah bernama Jailani bin Shariff dan ibu bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan hidup sebagai Muslim.

Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.
 
Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.

Telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama berkenaan kemurtadan beliau, tetapi beliau mempertahankan yang pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapa. 

FAKTA KES

Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy.

Berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000.

Permohonan tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam.

Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak mengbenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.

Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19-Septemebr-2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan.

Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan.

Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-mullim ~ Ketua Hakim Tun Fairiz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan… HINGGALAH Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat.

Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.

Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak dan kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak releven lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.

Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per say, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia attempt yang sebegitu berani dan bersikap kurang ajar yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut untuk menguraikan ikatan Islam mengikut kepahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.

Nampak dan dengar terlalu kecil, tetapi implikasinya melampau batas pemikiran kita…!
Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.

Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya;

:: Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa.

:: Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya.

:: Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak relevent.

:: Sebagai contoh, solah boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solah yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.

:: Semua badan-badan Islam tidak relevent lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan.

:: Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng dan simbol agama.

:: Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.

:: Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solat, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan.



Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras berharap YB Nurul Izzah dapat memahami apa yang beliau perkatakan mengenai bebas beragama itu telah berlaku di Malaysia.  

Wednesday, November 7, 2012

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012

Perhimpunan Agung UMNO 2012 akan berlangsung selama lima hari bermula 27 November – 01 Disember 2012 dengan pelbagai acara telah diatur sebagai gerak kerja bagi memastikan perjalanan persidangan berlangsung lancar. 

Berikut adalah atur cara dan program sepanjang persidangan terbabit. 

1. HIMPUNAN BARISAN 1 MALAYSIA

1.1 Himpunan Barisan 1 Malaysia
Tarikh : 24 November 2012 (Sabtu) (TBC)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Tun Razak 1, PWTC 

Pakaian : Kemeja 1 Malaysia 

2 FORUM ANTARABANGSA 2012
Tajuk Forum: "The Conflict and Conciliation in the People’s Politics – Looking Back or Looking Forward"
Tarikh : 26 November – 27 November 2012 (Isnin – Selasa)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, PWTC


3 KELAB UMNO LUAR NEGARA
Pakaian : Lelaki : Kemas / Perempuan : Baju Kurung
Tarikh : 23 November – 24 November 2012 (Jumaat –Sabtu)
Tempat : Bilik Kuala Lumpur, Aras 5, PWTC (TBC)


4 TAKLIMAT PRESIDEN

4.1 Majlis Taklimat Presiden
Pakaian : Baju Kemeja Merah (Ulang Tahun UMNO ke-66)
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)
Masa : 3.00 petang – 5.30 petang
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC


5 PENDAFTARAN PERWAKILAN PERGERAKAN WANITA / PEMUDA / PUTERI

5.1 Pendaftaran Perwakilan
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Bilik Melati, Aras 2, PWTC


6 PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA / PEMUDA / PUTERI
 
6.1 Perasmian Serentak Pergerakan Wanita / Pemuda / Puteri
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)
Masa : 8.00 malam – 11.00 malam
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4,PWTC


Pakaian : Lelaki : Baju Melayu / Perempuan : Baju Kurung 

7 PERSIDANGAN SAYAP


7.1 Persidangan Pergerakan Wanita
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC


7.2 Persidangan Pergerakan Pemuda
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang
Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, PWTC


7.3 Persidangan Pergerakan Puteri
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang
Tempat : Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, PWTC


8 PENDAFTARAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO – PERWAKILAN BAHAGIAN
Tarikh : 28 hb November 2012 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang
Tempat : Bilik Melati, Aras 2, PWTC


9 PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

9.1 Perasmian Perhimpunan Agung UMNO
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 10.30 pagi
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC


9.2 Anjung Merdeka
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 10.30 pagi
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC


9.3 Solat Jumaat
Tarikh : 30 November 2012 (Jumaat)
Masa : 12.00 tengah hari – 2.00 petang
Tempat : Dewan Tun Razak 4 (TR4), PWTC


9.4 Jamuan Perhimpunan Agung UMNO
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis)
Masa : 7.30 malam – 10.30 malam
Tempat : Dewan Tun Razak 1 (TR 1), PWTC





***sebarang perubahan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

Sumber : Media UMNO