Kalendar Islam akan bertukar ke tahun baru 1434 hijrah. Sambutan Awal Muharam
atau Maal Hijrah di Malaysia disambut pada peringkat negara dan tema kali ini
ialah ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’.
Hijrah bertitik tolak daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan banyak
peristiwa penting berlaku selepas itu. Pastinya, banyak pengajaran dapat
dipelajari daripada perjuangan Rasulullah yang sewajarnya dijadikan iktibar.
Firman Allah SWT: “Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (memberikan pertolongan) kepada orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnahkan (oleh kaum musyrik), kemudian mereka berjihad serta bersabar; sesungguhnya Tuhanmu - sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan – adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 110)
Allah SWT
tidak menjadikan sesuatu peristiwa itu sia-sia bahkan ada pengajaran atau
‘ibrah’ di sebaliknya bertujuan sebagai pengajaran serta panduan kepada umat
berikutnya.
Firman Allah SWT: “Demi sesungguhnya, kisah nabi-nabi itu
mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang yang mempunyai akal
fikiran. (Kisah nabi-nabi yang terkandung dalam al-Quran) bukanlah ia cerita
yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut dalam kitab agama
yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap
sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu)
beriman.” (Surah Yusuf, ayat 111)
Begitu juga dengan apa yang terjadi
kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, sebagai pemimpin dan pembawa kebenaran
kepada seluruh umat. Banyak sirah Baginda yang berlaku untuk membimbing kepada
jalan kebenaran.
Maksud hijrah
Perkataan ‘hijrah’ bermaksud berpisah atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain dan dalam konteks lain, hijrah juga dikaitkan dengan perubahan sikap atau tingkah laku. Dalam hal ini Allah SWT menyarankan umat Islam berhijrah ke arah iman lebih kukuh dan mantap.
Setiap manusia yang hidup pasti akan menerima ujian, lebih-lebih lagi orang yang beriman. Semakin tinggi darjat keimanan seseorang itu, maka semakin tinggilah ujian keimanan yang akan dihadapinya.
Antara ujian itu disebut dalam firman Allah SWT: “Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (memberikan pertolongan) kepada orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnahkan (oleh kaum musyrik), kemudian mereka berjihad serta bersabar; sesungguhnya Tuhanmu - sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan – adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 110)
Hijrah juga dapat dikaitkan dengan aspek pengorbanan dan jihad kerana hijrah adalah antara cara untuk mempertahankan akidah Islam yang suci serta menjaga kehormatan diri.
Ini bertepatan firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang yang beriman, dan orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang yang mengharapkan rahmat Allah dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Baqarah, ayat 218)
Sempena sambutan tahun baru hijrah 1434 ini, sewajarnya setiap kita bermuhasabah diri atau memperbetulkan amalan supaya tidak melakukan perbuatan bertentangan syariat Islam agar sambutan yang diadakan lebih bermakna.
Transformasi lebih berjaya
Ini selaras persetujuan ulama yang memahami peristiwa hijrah nabi adalah titik perkembangan dakwah Islamiah bagi membina masyarakat dan menjurus seluruh umat Islam melakukan transformasi ke arah lebih berjaya.
Umat Islam di negara ini hendaklah mengambil peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW untuk menghayati ajaran Islam supaya hidup mereka lebih bermakna serta berjaya. Biarlah niat hijrah kita menjanjikan kebahagiaan serta kejayaan di dunia dan akhirat.

Firman Allah
SWT: “Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan
Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan
rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan
berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka
sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. dan (ingatlah) Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nisa’, ayat 100)
Selain itu, semoga kita sama-sama dapat menghayati maksud doa awal tahun
yang sering dibaca bagi menyambut tahun baru hijrah yang bermaksud: “Wahai
Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas
kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru
yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dari-Mu di
sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya
dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan
usaha yang mendekatkanku kepada-Mu Wahai Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat
ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan
sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.”
Semoga kehadiran 1
Muharam 1434 akan membawa kebaikan dalam segala aspek kehidupan diri dan
masyarakat. Marilah bersama menghayati firman Allah SWT: “Dan berpegang teguhlah
kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu
bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu
bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati
kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu
dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara dan kamu dulu telah berada
di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah
selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah
Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat
petunjuk hidayahNya.” (Surah Ali-Imran, ayat 103)
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengucapakan SALAM MAAL HIJRAH 1434 kepada seluruh umat Islam di dunia khususnya.
No comments:
Post a Comment