Monday, September 14, 2009

PENYERAHAN SUMBANGAN KE RUMAH-RUMAH KELUARGA YANG KURANG BERKEMAMPUAN

Tarikh : 12 September 2009
Masa : 12.00 tengahari
Tempat : Sekitar Parlimen Cheras

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah mengambil satu pendekatan yang mulia dengan mendekati keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik di sekitar Parlimen Cheras.



Sebanyak 10 buah keluarga telah di lawati oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras yang di ketuai oleh Puan Sarina Sharif dan Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian. Masalah yang di hadapi oleh keluarga-keluarga ini amatlah menyayat hati dan dapat memberi kesedaran kepada semua yang hadir terutama kepada ahli-ahli Puteri.


Keluarga - keluarga yang kurang berkemampuan ini telah di kenal pasti oleh ketua-ketua Puteri UMNO Cawangan. Melalui pendekatan ini, ianya dapat memupuk nilai-nilai murni serta rasa prihatin pada kejiranan setempat dan pada ahli - ahli Pergerakan Puteri UMNO yang memerlukan bantuan.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah memperuntukkan bantuan sumbangan yang berbentuk makanan asas, kuih raya dan wang tunai.



Banyak iktibar dan pengalaman keluarga - keluarga yang kurang berkemampuan tersebut dapat dijadikan panduan.Bertepatan dengan slogan 1 Malaysia iaitu "Rakyat di dahulukan , Pencapaian di utamakan", maka itu Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan sentiasa menyusur ke akar umbi dan sentiasa perihatin terhadap nasib rakyat yang memerlukan bantuan.


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1430 HIJRAH

No comments: