Thursday, December 10, 2009

LAWATAN KE LIMA, LANGKAWI



Bersemperna Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition (“LIMA”) 2009 yang bermula dari 1 – 5 Disember 2009. UMNO Bahagian Cheras telah membawa seramai 60 orang Ahli Jawatakuasa Bahagian dan sayap-sayap ke Langkawi. Jumlah ini termasuklah, 26 orang dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menggikuti rombongan ini.



Rombongan ini telah bertolak dari Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel pada 2 Disember yang lalu dan telah kembali pada 5 Disember 2009, jam 1.30pagi dengan 2 buah menaiki bas.




Selain dapat melihat aksi hebat acara-acara yang telah disediakan,secara tidak langsung rombongan ini, telah memberi peluang kepada golongan adik-adik Puteri menggenali dengan lebih rapat ibu (wanita), ayah (AJK Bahagian), dan juga abang (pemuda) sepanjang rombongan ini.

Insyallah dengan wujudnya “Program Bersama” seperti ini masalah tidak memahami diantara satu dengan yang lain pasti tidak akan timbul, malah ikatan kasih sayang diantara sayap di dalam UMNO Bahagian Cheras ini akan terus subur dan teguh.

No comments: