Monday, January 18, 2010

MALAM KEMUNCAK "SLIM FIT CHALLENGE 2010



Pihak swasta, golongan usahawan dan sektor korporat perlu tampil memberi sumbangan untuk menjayakan apa jua program yang membabitkan kepentingan rakyat.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman berkata, program seperti cabaran melangsingkan badan anjuran Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Cheras merupakan antara contoh pelaksanaan program ke arah kesejahteraan rakyat.



"Untuk menjayakan program seperti ini sudah tentu membabitkan perbelanjaan yang banyak. Maka, secara peribadi saya menyeru pihak swasta, golongan usahawan dan sektor korporat memberi sumbangan atau derma untuk menjayakan apa jua program untuk rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Malam Kemuncak Cabaran Melangsingkan Badan anjuran Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Cheras di sini malam ini.Cabaran yang bermula sejak enam bulan lalu itu disertai 35 peserta dan hanya lapan layak ke malam kemuncak hari ini.


Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Mahadi Shukor, Naib Ketua Bahagian, Datuk Md Nasir Ghani, Datuk Faridah Abu Hassan, Ketua Wanita UMNO Bahagian Cheras dan Ketua Puteri UMNO Cheras, Puan Sarina Sharif.

Puan Sri Noorainee berkata, program seumpama itu perlu dicontohi oleh semua bahagian UMNO di negara ini.Menurutnya, program seperti itu bukan sahaja menjurus kepada kaedah penjagaan kesihatan diri yang sistematik, tetapi berupaya melahirkan persekitaran masyarakat yang sihat dan harmoni.



"Saya ingin mencadangkan agar program seperti ini diperluaskan ke peringkat komuniti dan akar umbi dengan membabitkan lebih ramai peserta yang mewakili pelbagai kaum sejajar dengan gagasan 1Malaysia," katanya.

Jelasnya, selain berusaha mengekalkan kesihatan, program seperti itu akan menjadi jambatan terbaik untuk memupuk dan menjalinkan hubungan antara rakyat pelbagai kaum di negara ini.Dalam pada itu, Mariah Jantan, 57, muncul juara cabaran itu manakala tempat kedua diraih Siti Salinda Hassan, 31, dan Rossafiah Jauhari, 33, pemenang tempat ketiga.

Johan, naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima hadiah berupa tiket penerbangan ke Australia, China dan Bali, Indonesia yang disampaikan oleh Puan Sri Noorainee.

2 comments:

H Liam said...

cehhh.... dalamnya sindiran program ni....hangpa nak perli fizikal badan ds rosmah mansor kot!

puteri.cheras said...

Paku Payong

Program yg sebegini mempunyai objektif yang begitu murni dan ianya tidak ada kene mengena utk menyindir mana2 pihak.

saya amat berharap agar PAKU PAYONG dapat melihat dari perspektif yg lebih positif iaitu program ini yang telah banyak membantu mereka yg mempunyai berat badan yg belebihan kepada berat badan yg ideal utk kesihatan.

obesiti adalah masalah yang dihadapi yang majoriti yer adalah kaum wanita di malaysia.

dengan wujud program yang sebegini, wanita ini telah di perkenalkan dengan cara permakanan yang sihat dan cara senaman yang sesuai dilakukan utk mengekalkan kesihatan.

saya harap PAKU PAYONG dapat memahami objektif program ini dan tidak lagi menyalah tafsirkan.


terima kasih kerana mengunjungi blog pu3 cheras.