Thursday, February 24, 2011

BANGSA MELAYU USAH TAKUT PERTAHANKAN HAK

Rais Yatim melihat komputer riba yang diterima oleh sebahagian ketua cawangan sambil diperhatikan oleh Syed Ali Alhabshee (kanan) pada majlis perasmian serentak Persidangan Tahunan Cawangan UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur,


Orang Melayu perlu berani mempertahankan hak mereka seperti yang termaktub di bawah Perlembagaan negara.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, untuk itu, orang Melayu seharusnya memperkukuhkan perpaduan agar menjadi bangsa yang kuat untuk menangkis sebarang cubaan melemahkan jati diri mereka.

‘‘Sekarang ini, kalau kita lihat, orang Melayu agak ‘segan’ atau tidak berani untuk menyuarakan dan mempertahankan hak sendiri.

‘‘Kita perlu berani pertahankan agama, raja, keadilan sosial, budaya, bahasa dan segala keistimewaan kita.

‘‘Jangan rasa takut. Meski kaum- kaum lain turut diberikan jaminan, tetapi kita ada hak-hak keistimewaan. Ini perlu dijaga dengan baik,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Cheras di Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, dekat sini malam ini.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.

Mengulas lanjut, Rais memberitahu, apa yang dikecapi orang Melayu ketika ini tidak akan mampu dipertahankan jika mereka sendiri berada di dalam situasi lemah.

‘‘Kalau kita lemah, bagaimana hendak pertahankan hak? Untuk itu, kita di dalam UMNO perlu perkukuhkan juga parti yang menjadi pendokong kepada bangsa,” tegas beliau.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyelar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertindak memburuk-burukkan nama negara termasuk keaslian batik tempatan di luar negara.

‘‘Kalau Anwar hendakkan kuasa sangat, carilah cara lain. Bukannya dengan cara memburuk-burukkan negara. Pergi ke Indonesia, kutuk batik kita dan perlekeh kerajaan.

‘‘Beliau tak ubah seperti ‘cicak’ yang mampu mengubah warna kulitnya mengikut keadaan. Beginikah hendak jadi pemimpin?,” soalnya.

Sumber berita - Utusan Malaysia


NOTA KAKI : Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras merasakan sudah tiba masanya, Bangsa Melayu harus bersatu dan mengenepikan ideologi kepartian. Sesungguhnya, Tak kan Melayu Hilang Di Dunia.....sekiranya kita bersatu hati dan tiada mempunyai perasaan hasad dengki sesama kita.... Bangsa Melayu...

1 comment:

UMNO PARTI PENJARA said...

hak tetap hak..











--------------------------------------------------------------------------------------------
Transformasi besar kpd generasi muda - Generasi baru wajib 'membunuh' beruk-beruk tua nyanyuk Sinar Harian yang Nak MampuS...BACUL!!

http://Blog1Malaysia.blogspot.com/