
Menurut maklumat terkini, 5 Pemidato terbaik iaitu peserta dari Negeri Wilayah Persekutuan, Selangor, Johor, Perlis dan Sabah telah dipilih untuk bersaing di Peringkat Akhir yang akan diadakan pada 17 haribulan April 2011 bertempat di Dewan Tun Hussien Onn (A) PWTC.
Wakil Puteri UMNO Wilayah Persekutuan adalah merupakan ahli Puteri Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras iaitu Cik Zaleha yang menjadi Juara Pertandingan Pidato Puteri UMNO Wilayah Persekutuan pada 23hb Januari 2011 yang lalu.
NOTA KAKI : Ketua Puteri dan seluruh ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras amat berbangga atas semangat dan kejayaan Cik Zaleha yang telah berjaya ke peringkat akhir Pertandingan Pemidato Wanita Muda anjuran Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Iringan doa dari semua semoga wakil Puteri UMNO Cheras akan meraih kejayaan.
No comments:
Post a Comment