Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan menganjurkan program Rahmat Ramadhan bersama - sama Anak - Anak Yatim Baitul Ihsan, Taman Maluri, Cheras.
Program siri kedua anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras pada tahun 2011 ini akan di rasmikan oleh YBhg Datuk Wira Syed Ali Al Habshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.
Semua ahli - ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras adalah di jemput hadir untuk bersama - sama untuk membantu program Rahmat Ramadhan. Program yang telah di tetapkan adalah membersihkan serta mengecat rumah kediaman anak - anak yatim Baitul Ihsan.
Tarikh : 21hb Ogos 2011
Hari : Ahad
Masa : 0900pagi - 0100 tengahari
Tempat : Baitul Ihsan , No. 49, Jalan Wirawati 6, Taman Maluri,
55100 Kuala Lumpur.
Semoga kehadiran ahli - ahli Puteri UMNO sekalian akan memberi lebih keberkatan dan keinsafan sesama kita dalam usaha membantu mereka yang amat memerlukan.
Wassalam
Sarina Sharif
Ketua Puteri
Pergerakan UMNO Bahagian Cheras
No comments:
Post a Comment