Thursday, September 8, 2011

ALFATIHAH KEPADA IBU TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN CHERAS

AL FATIHAH

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin menyampaikan ucapan takziah kepada Yang Berbahagia Datuk Mahadi Abdul Shukor, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras diatas pemergian ibu tercinta ke rahmatullah awal pagi tadi.

Jenazah Allahyarhamah dijangka dibawa dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) ke Masjid Al-Ansar, Taman Keramat sekitar jam 10.30 pagi. Jenazah akan dikebumikan selepas solat zohor hari ini. Turut hadir mengiringi jenazah Allahyarhamah ketika di bawa ke Masjid Al - Ansar adalah Datuk Wira Syed Ali AlHabshee - Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Mohd Nasir - Naib Ketua UMNO Bahagian Cheras, Tuan Haji Syed Mehdhar - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif - Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras dan Setiausaha Bahagian UMNO Bahagian Cheras merangkap Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Cheras - Hajjah Zurainah Musa.

Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AL-Fatihah. Amin...

1 comment:

Mahadi Abdul Shukor said...

Salam,

Saya ingin marakamkan jutaan terima kaseh kpd Puteri UMNO Bhgn Cheras khususnya kpd Kepimpinan UMNO Bhgn 4 peringkat, Ketua2 Cawangan 4 peringkat yang begitu perihatin telah sudi hadir mengziarahi dan menguruskan jenazah ibu saya yg telah kembali ke rahmatullah. Saya juga ingin mengambil kesempatan mohon ampun dan maaf bagi pihak arwah ibu saya kpd sesiapa yg mengenalinya sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kesalahan Allahyarhamah semasa hayatnya. Saya doakan semoga Allah membalas segala jasa baik sdr sdri. Amin

Drp : Mahadi Bin Hj Abdul Shukor