Hari ini amat jelas politik dendam wujud dalam negara kita ini. Dendaman ini menyebabkan perkara-perkara yang baik mahu dilakukan menjadi buruk. Ambil contoh pembentangan bajet baru-baru ini. Banyak yang bersifat memakmurkan rakyat, mahu menuju ke arah kesejahteraan rakyat Malaysia – namun ia masih diragukan. Persoalan bagaimana kononnya kerajaan mahu mencari wang untuk menampung rakyat agenda-agenda yang boleh memakmurkan rakyat Malaysia dibuat. Bajet yang baru-baru ini dikatakan tidak realistik timbul – seolah-olah memberi air percuma itu sesuatu yang realistik tetapi tidak untuk perbelanjaan yang mahu dilakukan untuk memberi kemudahan kepada rakyat.
Kita perlu tolak politik dendam kerana politik dendam sebenarnya akan hanya menghancurkan diri dan negara ini. Rakyat harus sedar dan menjauhi diri dari terperangkap dalam kancah politik dendam individu tertentu yang berdendam khususnya pada UMNO. Ini tidak seharusnya berlaku – UMNO bukan masalah – kalau ada mungkin kepimpinan UMNO tertentu yang masih daif dan alpa dalam menerajui serta menjuarai rakyat. Adakah Malaysia hari ini sedang berhadapan dengan politik dendam? Dendam macam mana dan apa yang harus kita lakukan untuk mengadakan budaya politik yang matang?
CATATAN ANUAR MOHD NOR - 10hb Oktober 2011
No comments:
Post a Comment