Saturday, October 22, 2011

PESANAN BUAT AHLI UMNO


Cerita Politik Kedai Kopi berkemundang : Senario politik Orang Melayu di Malaysia semakin mencabar. Ada yang mengatakan, senario politik orang Melayu semakin nampak memberi tentangan kepada UMNO dan Barisan Nasional amnya.

Bagaimana barisan Kepimpinan tertinggi mahu mengambil hati ra
kyat kembali untuk menyokong Barisan Nasional dan UMNO khusunya. Orang Melayu kini berdepan dengan peningkatan peratus yang memberi sokongan bukan kepada UMNO. Masyarakat Cina sudah nampak menjauhkan diri dari Barisan Nasional kerana hari ini terbentuk satu persepsi bahawa Barisan Nasional sudah tidak boleh dipulihkan lagi. Melayu moderat dan Melayu liberalisme sudah menolak UMNO dengan alasan bahawa UMNO lebih merugikan orang Melayu dari membantu. Persepsi budaya korup sudah sekian lama disinonimkan dengan kepimpinan UMNO.

UMNO dikatakan tua dan tidak mampu melawan
arus kuat berbudayakan budaya songsang – tidak progresif dan berbentuk feudalisme. UMNO kekal sebagai parti yang gagal menarik minat anak UMNO kerana birokrasi dalam UMNO amat memualkan. UMNO tidak ada kekuatan jiwa untuk melakukan perubahan kepimpinan dan melakukan transformasi yang benar-benar menjayakan rakyat.


Pesan ini kepada semua AHLI UMNO bahawa Petubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) kini telah di label sebagai tongkat tua yang semakin uzur tetapi digagahkan juga untuk berjalan sungguhpun kalanya lambat bertindak. Pesan pada ada isu yang besar tetapi berjaya dikecilkan pembangkang bukan kerana kita jahil tetapi kerana kita mempunyai agenda peribadi yang lebih besar yang perlu disegerakan untuk kepentingan diri s
endiri.

ISU CALON PILIHANRAYA:

Heboh 1 MALAYSIA bila Perdana Menteri kata akan pilih calon-calon yang boleh menang saja untuk dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke 13 dan parti-parti komponen Barisan Nasional pula kena korbankan kerusi mereka jika nak pastikan Barisna Nasional menang dengan majoriti dua pertiga dan merampas kembali negeri negeri yang tewas sebelum ini.

Bila Perdana Menteri cakap macam itu, ramailah yang jad
i tukang bubuh nasi tambah termasuk di kalangan Pemimpin tertinggi dan AHLI UMNO. Cuma Pergerakan Puteri UMNO Cheras tertanya-tanya juga kalau dah mereka yang jadi tukang jadi nasi tambah ini dah jadi calon "unwinnable", Adakah mereka sendiri sanggup lepaskan kerusi mereka tak?


Walau pun dalam parti ada yang dipilih untuk menduduki kerusi tertinggi tetapi di peringkat kawasan yang diwakilinya mungkin ramai yang tak suka dan menolak beliau untuk dicalonkan. Contohnya di Parlimen atau ADUN misalnya. Apakah para penyandangnya sanggup melepaskan kerusi yang dimenangi untuk memastikan Barisan Nasional menang selesa pada Pilihan Raya Umum ke13 nanti?

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras cuma ingin menyampai pesan kepada AHLI UMNO. Jangan hanya suruh rakan Parti Komponen sahaja mengorbankan kerusi tapi ada di kalangan Menteri dan para wakil rakyat UMNO yang sudah ditolak oleh pengundi, pun elok jugalah berkorban. Kalau sudah rasa tidak boleh berkhidmat, elok lepaskan kepada calon baru yang lebih diterima pengundi.

Persoalannya : BERSEDIA ? BERANI ? BERKORBAN?

Pesan pada AHLI UMNO: "Kalau memilih tempat mandi – pertama selut kemudian pantai, Kalau memilih kepimpinan – pertama elok kemudian pandai.

No comments: