Thursday, December 12, 2013

SEJARAH PUTERI UMNO


Puteri UMNO dilancarkan pada 3 Ogos 2001 oleh Presiden UMNO pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ketua Puteri UMNO yang pertama ialah Azalina Othman , seorang peguam yang banyak terlibat dalam Biro Bantuan Guaman.Peranan Puteri UMNO sangat bermakna kerana dapat menarik ramai golongan remaja untuk menyertai UMNO . Mereka dengan mudah dapat memberi kerjasama dalam pelbagai aktiviti di peringkat cawangan dan bahagian. Kerja-kerja perkeranian , sukarela dan pengurusan balai raya serta aktiviti parti berjalan dengan lancar. Kehadiran mereka menghidupkan suasana UMNO.


Sehingga kini kerajaan menerima baik kehadiran pimpinan Puteri UMNO. Azalina Othman telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan dan pada tahun 2008 beliau dilantik sebagai Menteri Pelancongan. Dua penggal berturut-turut beliau menang tanpa bertanding di parlimen Pengerang,Johor
Pada Mac 2008 , Ketua Puteri UMNO sekarang Noraini Ahmad telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia.
Bantahan Wanita UMNO
Pada peringkat awal, penubuhan Puteri UMNO mendapat bantahan daripada Wanita UMNO kerana akan bertindan peranan. Sebenarnya Puteri UMNO setaraf dengan Pemuda UMNO . Sebagai langkah seimbang, Putera UMNO telah ditubuhkan bagi meremajakan UMNO.
Apabila Datuk Sri Rafidah Aziz dan ramai wanita UMNO tidak dilantik sebagai menteri pada Mac 2008 , keahlian Azalina menjadi tandatanya.
Had Umur
Semua anggota Puteri UMNO secara automatik didaftar sebagai anggota Wanita UMNO sebaik sahaja umur mereka melepasi had yang ditetapkan.Ahli yang telah melepasi had umur sebagai ahli Puteri secara automatik menjadi ahli Wanita. 

Penubuhan puteri UMNO dipersetujui secara prinsip oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada 10/7/2000 bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO. Bagaimanapun tarikh 16/10/2000 mencatat satu lagi sejarah bagi UMNO kerana MKT bersetuju secara rasmi menubuhkan PUTERI UMNO sebagai satu gerakan penting dalam parti.

Justeru, pada 9/4/2001 (isnin), Puteri UMNO dengan rasminya diperkenalkan kepada umum. Bagi merealisasikan Puteri UMNO sebagai barisan yang mampu bertindak secara profesional dalam parti di kalangan wanita muda, YB Datuk Azalina telah dilantik menjadi Ketua Penaja Puteri UMNO. Bersama beliau juga dilantik beberapa barisan Exco yang mampu mendukung cita-cita parti mengekalkan kedaulatan Melayu.

Pada 3/8/2001 tercatat 1 lagi sejarah dalam kamus parti UMNO apabila sayapnya, Puteri dilancarkan oleh YAB presiden UMNO, Tun Mahathir Mohamad di Dewan Merdeka,PWTC,KL. Selepas berusia 55 tahun, akhirnya UMNO mengambil keputusan untuk 'melahirkan' seorang puteri bagi memantapkan barisan perjuangan yang sedia ada sejak 1946. Puteri UMNO yang diilhamkan sendiri oleh Presiden UMNO, adalah pelengkap kepada Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita UMNO yang sedia ada.

Cadangan pada awalnya adalah kepada wanita bumiputera yang berusia 18 - 40 tahun, tetapi setelah dibahaskan di dalam MKT, had umur yang dipersetujui ialah 18 - 35 tahun. Oleh yang demikian, setiap wanita warganegara berstatus bumiputera berusia 18 - 35 tahun boleh menjadi ahli Puteri UMNO.

No comments: