Puteri
Cheras - Puteri UMNO Wilayah Persekutuan
dengan kerjasama Biro Agama Puteri UMNO Wilayah akan mengadakan Perarakan Sambutan
Maulidur Rasul 1436H.
Menurut Ketua Puteri UMNO Negeri, Cik Sharifah
Aminah Syed Mohsain beliau berkata , seramai 250 orang peserta yang mengambil
bahagian Perarakan Sambutan Maulidur Rasul yang terdiri dari kalangan Ahli Puteri
UMNO dalam Wilayah Persekutuan.
Sambutan
Maulidur Rasul ini adalah program yang mashur dan memang menjadi amalan umat
islam di Malaysia, mengadakan sambutan Maulidur
Rasul setiap tahun dan dapat mengambil peluang memperkukuhkan ikatan perpaduan Ahli
Puteri bersama Masyarakat setempat di Masjid Al-Hidayah Sentul pasar yang akan
diadakan pada 08 Februari 2015 bersamaan 18 Rabiulakhir 1426H.
Tema
Sambutan Maulidur Rasul 2015 “Perpaduan Nadi Transformasi Negara” konsep
seperti ini sangat penting dan sebagai umat islam kita jangan sesekali mengabaikan
perkara ini kerana bagi umat Islam, Maulidur Rasul adalah adalah hari
bersejarah keputeraan atau kelahiran Nabi Muhammad. Baginda adalah nabi
terakhir yang diutus oleh Allah SWT ujar beliau.
Tetamu yang akan
menghadiri pada Perarakan Sambutan Maulidur Rasul dihadiri oleh Y.Bhg Datin
Seri Aggraini Sentiyaki isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Utama Tengku
Adnan Tengku Mansor.
No comments:
Post a Comment