Wednesday, February 29, 2012

PILIHANRAYA UMUM KE 13 - SIAPA YANG PERLU KITA PILIH ?

Bukan sahaja parti politik tetapi kerajaan di bawah kepimpinan BARISAN NASIONAL (BN) sedang mengurus perubahan dengan mengutamakan rakyat – suara rakyat dan kepentingan rakyat. Ini adalah strategi yang mahu dilaksanakan oleh UMNO dan BARISAN NASIONAL (BN) dalam usaha menunjukkan dan menjadikan justifikasi kepada rakyat – kenapa mereka harus terus bersama BARISAN NASIONAL (BN) dalam menguruskan kepentingan bersama.

Dalam menguruskan semua itu kerajaan berhadap dengan berbagai-bagai rintangan khususnya dari pihak-pihak hanya mahu membidas untuk kepentingan selain dari kepentingan rakyat. Ini sebenarnya menjadi halangan kepada kejayaan dan halangan ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya asas demokrasi itu dilakukan secara baik.

Hari ini semua ahli parti perlu sedar bahawa kepentingan utama adalah untuk melunaskan agenda rakyat dan bukan melunaskan kepentingan tertentu. Kita perlu memilih sama ada kita mahu mengikuti kehendak mereka atau mereka yang dipilih memimpin mengikut agenda kita.

Kita juga harus bersikap matang dalam menilai dan tidak terpengaruh dengan andaian serta persepsi sahaja. Kita akan berhadap dengan pesta demokrasi – pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi. Untuk tujuan itu kita perlu bukan sekadar hadir untuk mengundi tetapi mengundi dengan penuh tanggungjawab. Kita perlu ukur apa yang kita ada hari ini dan bergerak untuk memperoleh kebaikan dan tidak meruntuhkan struktur yang ada kerana terpengaruh dengan agenda politik yang tidak realistik.

Hari ini kita lihat sendiri perubahan yang sedang dianjurkan oleh kerajaan memerintah. Kita melihat keutamaan yang diberikan kepada rakyat serta agenda rakyat yang mahu dilunaskan. Kita perlu menilai semuanya sebelum membuat keputusan. Kita perlu lebih peka untuk menjayakan rancangan bersama dan bukan untuk hanya terikut kepada mereka yang mempunyai niat selain dari niat membantu rakyat.

“RAKYAT DI DAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN”

SELAMAT PENGANTIN BARU

Sekalung Tahniah dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras buat Puan Nazatul Shima binti Shamsuddin dan suaminya yang tercinta Encik Mohd Farid bin Dahalan yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 19hb Februari 2012 bersamaan 26 Rabiul Awal 1433 Hijrah yang lalu, bertempat di Dewan Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, Cheras Kuala Lumpur.

Puan Nazatul Shima yang merupakan Penolong Setiausaha (PSU) Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah melangsungkan Majlis Pernikahan pada 17hb Februari 2012 dan Majlis Berinai pada 18hb Februari 2012.


Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif, telah hadir dan di beri penghormatan menepung tawar kedua mempelai di atas pelamin. Turut hadir memeriahkan Majlis Perkahwinan adalah Datuk Wira Syed Ali Al Habshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras, turut hadir Puan Hajah Zurainah Musa, Setiausaha UMNO Bahagian merangkap Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras dan Ahli - Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Cheras dan Puteri UMNO Bahagian Cheras.

"Selamat Pengantin Baru dan Semoga Berbahagia sehingga ke akhir hayat".


Tuesday, January 31, 2012

PENGUMUMAN TARIKH PILIHANRAYA UMUM KE 13

Ramai pasti yang tertanya bilakah tarikh Pilihanraya Umum Ke 13. Ramai pemerhati politik mengatakan yang pilihanraya umum 13 bakal jatuh pada tahun 2012. Itu sudah hampir pasti. Tetapi yang jadi persoalan. Bilakah tarikh yang sebenar-benarnya?

Memang daripada dulu lagi kalau dah namanya Perdana Menteri Malaysia, sudah jadi amalan di Malaysia tarikh pilihanraya umum akan menjadi hak mutlak kepada seorang yang bergelar Perdana Menteri Malaysia, kalau sekarang pastilah kuasanya diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menentukannya “tarikh keramat” tersebut. Ia tidak boleh dikongsikan dengan rakyat Malaysia sendiri apatah lagi terhadap pembangkang jauh sekali.

Pilihanraya secara umumnya akan berlangsung 5 tahun sekali. Tidak kira di negara-negara jiran kita sehinggalah ke negara maju :

  • Thailand
  • Filipina
  • Indonesia
  • Jepun
  • China
  • Britain
  • Amerika

Mereka akan umumkan tarikh pilihanraya umum jauh lebih awal iaitu sekurang-kurangnya setahun daripada berlangsung pilihanraya umum di negara mereka.

Apa Yang Bagusnya Kalau Diumumkan Lebih Awal Pilihanraya Umum?

  • sekurang-kurangnya supaya semua pihak dapat mempersiapkan diri dan jentera sebaiknya
  • ini lebih adil kepada semua parti-parti yang bertanding
  • termasuklah perkara yang melibatkan perancangan perkara besar termasuklah kos yang sangat tinggi
  • rakyat sendiri pun lebih mudah untuk “merancang

Sebenarnya, apabila tibanya pilihanraya umum ke 13 nanti semua kita di sini yang bergelar rakyat Malaysia merangkap pengundi adalah juga merupakan pemegang saham (shareholder) kepada sebuah syarikat yang bernama Malaysia. Manakala menteri-menteri serta wakil rakyat, baik daripada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat adalah ahli lembaga pengarah dan Perdana Menteri diibaratkan sebagai pengarah.

  • Anda-anda semua ini yang merupakan “pemegang saham” mempunyai kuasa melalui saham (undi) dalam perlantikan ahli lembaga Pengarah sesebuah syarikat.
  • Dan dengan saham (undi) itu jugalah mampu menukar pengarah mahupun ahli lembaga pengarah yang tidak menunjukkan prestasi yang baik

Kalau sebelum ini, ramai pemerhati politik mengatakan termasukklah akhbar Reuters sendiri buat ramalan pilihanraya umum ke 13 akan berlangsung sekitar bulan Mac 2012 ini.

Ramalan Tarikh Pilihanraya ke 13 (PRU). Antara Faktor Yang Diberikan Mereka :

  • Malaysia sebenarnya sedang berdepan dengan ekonomi yang semakin lesu
  • Berlakunya pergeseran dalaman Umno sendiri yang semakin ketara (mesti diadakan sebelum pemilihan UMNo yang dijangka awal tahun 2013)
  • pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II

Walaubagaimanapun, berita terbaru melalui laporan Wall Street Journal (WSJ) menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak belum lagi bersedia untuk membuat pilihanraya umum ke 13 selagi tranformasi ekonomi yang ingin beliau laksanakan belum lagi berjaya.

2 petikan daripada kenyataan Datuk Seri Najib Razak kepada Wall Street Journal (WSJ) yang menarik perhatian kami :

“You can have all the polling numbers but you must have the sense that this is the right time.

“I hope it will be the right time soon enough, but we still have to deliver on our promises and it’s important for people to have the feeling that the reforms we have promised will actually benefit them,” he said.

Rupanya lambat lambat lagi ilham Perdana Menteri untuk mendapatkan tarikh pilihanraya umum ke 13 yang sesuai. Dan hati kecil kami juga merasakan yang pilihanraya umum ke 13 tidak akan dijalankan dalam masa yang terdekat iaitu bulan Mac 2012 ini

Itu hanya beberapa perkiraan yang diambil oleh kami buat masa ini. Yang hampir pastinya, pilihanraya umum ke 13 akan dijalankan pada tahun ini.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menjangkakan ramai di kalangan generasi muda mungkin baru pertama kali menjadi pengundi pada pilihanraya umum ke 13 ini. Adakah anda orangnya? Apa pandangan dan pemerhatian generasi muda mengenai tarikh pilihanraya ke 13 dan harapan anda sebagai generasi muda mengenai pilihanraya yang akan datang ini?

Thursday, January 12, 2012

PRU 13 : ABAI - ASAL BUKAN ANWAR IBRAHIM

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menyokong pandangan Datuk Wira Syed Ali Alhabshee - Ketua UMNO Bahagian Cheras merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan yang bersependapat dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pembebasan Anwar Ibrahim daripada kes liwat Isnin lalu tidak memberi tekanan kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Keputusan kes liwat tersebut membabitkan peribadi Anwar dan tiada ada sebarang kaitan dengan pihak UMNO mahupun Kerajaan Malaysia. Keputusan Mahkamah telah dimanipulasikan oleh pembangkang kononnya UMNO semakin tertekan bertujuan menagih undi menjelang PRU ke-13 tidak lama lagi. Walaupun pembangkang terutama Anwar mula ‘menyanyi’ merayakan pembebasan beliau daripada tuduhan meliwat bukan bermakna beliau mendapat sokongan rakyat.

“Majoriti rakyat di negara ini terutama orang Melayu tidak terikut-ikut dengan rentak Anwar yang selama ini terkenal sebagai kaki pembohong,” tegas Datuk Wira Syed Ali Al Habshee. Sebaliknya jelas beliau, hanya kumpulan kecil termasuk pengikut DAP dan PAS yang turut ‘menyanyi’ bersama Anwar bersabit isu meliwat.

Menurut Datuk Wira Syed Ali lagi, UMNO tidak berdepan dengan isu peribadi Anwar tetapi bersedia untuk menentang pakatan pembangkang, PKR, DAP dan PAS. UMNO sudah matang dan ‘cukup masak’ untuk berdepan dengan pembangkang sejak 12 kali PRU diadakan. “Biarlah mereka (pembangkang) riuh menyanyikan lagu liwat Anwar, bagi UMNO, kita sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan,” tegasnya. Katanya, majoriti orang Melayu di negara ini tidak akan ‘sekelip mata’ lupa kepada beberapa tindakan politik Anwar sebelum ini yang telah membawa kepada perpecahan umat.

Sehubungan itu, beliau berharap pembangkang akan berpegang kepada pengakuan mereka bahawa sistem penghakiman di negara ini bebas, adil dan telus serta tidak dikongkong oleh kerajaan.
Kata Datuk Wira Syed Ali lagi, walaupun Isnin lalu Anwar dibebaskan daripada pertuduhan meliwat tetapi fail sisatan kes video seks membabitkan seorang pelacur difahamkan masih lagi belum ditutup. “Kes itu masih lagi belum tutup dan jika selepas ini Anwar dihadapkan ke mahkamah, jangan pula ada yang tuduh ianya sebagai satu lagi konspirasi,” ujarnya.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan terus bersama mendokong dan menyokong barisan kepimpinan UMNO Bahagian Cheras dalam memastikan kejayaan UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya UMUM ke 13 akan datang.Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan melancarkan slogan "ABAI" - Asal Bukan Anwar Ibrahim bermula hari ini di setiap penulisan Blog Puteri UMNO Bahagian Cheras.