Friday, September 19, 2014

MAJLIS IFTAR KALI PERTAMA BERSAMA KETUA PUTERI UMNO BAHAGIAN









Alhamdulilah dikesempatan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, sekali lagi Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Nazatul Shima telah mengadakan  majlis Iftar buat kali pertama bersama Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras bagi sesi 2013-2016.




Majlis yang diadakan bertempat Hotel Royal Kuala Lumpur, telah bermula jam 3.00 petang dimulakan dengan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Cheras Bil/5 2014.



Menurut Ketua Puteri Bahagian, Puan Nazatul Shima beliau berkata tujuan majlis Iftar ini diadakan bagi meraikan Jawatankuasa Pergerakan Puteri Bahagian yang telah bertungkus-lumus melaksanakan program sepanjang bulan ramadhan, Jawatankuasa Pergerakan Puteri Bahagian juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Nazatul Shima, kerana menjemput mereka berbuka puasa bersama-sama dengan beliau.




















Monday, June 30, 2014

PERUTUSAN RAMADHAN KETUA PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Bismillahir Rahmanir Rahim

Salam Ramadhan kepada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian serta seluruh umat islam terutama di Malaysia.

Syukurlah kerana sekali lagi kita dapat menemui ramadhan bulan penuh keberkatan,Semoga kita diberi kekuatan dan kesihatan yang baik oleh Allah SWT untuk melengkapkan puasa sebulan ini dan pada masa yang sama dapatlah kita menambah ibadah sepanjang bulan ramadhan, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga atau menghitung hari untuk menyambut Aidilfitri.

Sebagaimana kita ketahui banyak ganjaran yang ditawarkan pada bulan ramadhan ini. Maka lakukanlah aktiviti yang menjurus ganjaran pahala yang berlipat kali ganda seperti membaca al-quran, membanyakan sedekah serta membantu anak yatim dan mereka yang memerlukan bantuan.

Kita Malaysia tentunya beruntung kerana dapat menjalani ibadah dalam suasana yang begitu aman selesa dan mewah dari segi makan bersahur & berbuka mahupun menjelang aidilfitri.
Menjadi kebiasaan kita orang Melayu mengenali Ramadan sebagai bulan puasa. Tanpa disedari sebutan yang sudah lama berakar umbi itu tidak tepat dengan pengertian sebenar Ramadan.

Ramadan bukan sekadar dihiasi dengan ibadat puasa yakni menahan diri daripada makan, minum dan apa sahaja yang membatalkan puasa kerana takrifan sebenarnya lebih luas lagi.
puasa juga sebenarnya boleh dilakukan pada bulan lain, seperti yang menjadi amalan sesetengah daripada kita iaitu bulan Rejab dan Syaaban. Sebab itulah penggunaan istilah Ramadan lebih tepat bagi menggambarkan maksud dalam melaksanakan amal ibadat sepanjang bulan penuh berkat ini.

Ramadhan juga membawa maksud bulan kebajikan di mana di dalamnya ada zakat fitrah yang menjadi kewajiban dilaksanakan setiap umat Islam. Umat Islam amat digalakkan bersedekah sebagai melengkapkan amalan ibadat puasa kita di siang hari. Ini kerana di sekeliling kita ada mereka yang kurang bernasib baik. Maka pada kesempatan ini kita hulurkan sedikit sumbangan kepada mereka.

Parti Politik lakukanlah gencatan politik buat sementara, ada yang menjadi ahli parti politik dan ada yang berada diluar parti atau di atas pagar, maka jika ada sebarang tazkirah elakan daripada bercakap mengenai politik kepartian, sebaliknya jadikan tazkirah untuk meningkatkan ilmu bukanya ke arah perpecahan.

Sama-samalah kita menyeru ke arah perpaduan umat islam dan Melayu.



Nazatul Shima Shamsuddin
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras

Saturday, June 21, 2014

"APPERIACITION NITE" PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


Cheras 18 Jun -"Apperiacition Nite" Puteri UMNO Bahagian Cheras,Program sebagai tanda terima kasih Puteri Bahagian kepada ahli-ahli Puteri Cawangan (akar umbi) hadir memberi komitmen sepenuhnya dengan menerima tugasan dari apa jua program Puteri Bahagian sehingga diperingkat UMNO Bahagian.

Ketua Puteri Bahagian Pn. Nazatul Shima Shamsuddin beliau berkata insiatif dengan mengadakan program sebegini adalah bertujuan memeberi penghargaan kepada mereka yang bertugas (ahli Puteri Cawangan) supaya mereka tidak dipinggirkan begitu sahaja selepas tamat program.

Beliau mengambil pendekatan untuk cuba menyatu padukan ikatan ukhwah diantara Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras bagi mendekati pergaulan bersuai kenal bersama Ahli Jawatankuasa Puteri Bahagian.Kesimpulan beliau mengadakan program sebegini lebih  dalam suasana santai & riadah ujar beliau.

Turut hadir dua dari kiri Setiausaha UMNO Bahagian Cheras Datuk Syed Mehdhar dan Naib Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Nasir Abd Ghani















Kanan Ketua Puteri Bahagian Pn. Nazatul Shima beramah mesra bersama ahli Puteri cawangan





RETREAT KEPIMPINAN KURSUS WAJA DIRI PUTERI CHERAS 2014



Para Peserta Bergambar sebelum bertolak ke Kem El-Azzhar 
Cheras 17 Jun 2014 - Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Cheras sekali lagi telah mengadakan Kursus  “Waja Diri 2014” yang bermula pada 14,15 & 16 Jun 2014 bertempat di El- Azzhar Camp & Resort Morib Banting, Selangor Darul Ehsan.

Objektif Kursus Waja Diri ini adalah untuk menguji ketahanan mental dan fizikal dan mencabar kemampuan para peserta. Para peserta kursus terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Puteri Bahagian dan Ketua -Ketua Puteri Cawangan Bahagian
Para Peserta diberi cabaran Mengisa Ikan di laut 
Cheras. Hampir sembilan puluh peratus (90%) peserta ini terdiri daripada muka-muka baru dalam Pergerakan Puteri Bahagian bagi penggal 2013 – 2016. 

WAJA DIRI  definisikan sebagai keupayaan berkemahiran menyelesaikan masalah seseorang yang dapat menangani atau menyesuaikan diri dan menguatkan dirinya apabila menghadapi risiko. Manual hidup personaliti wajadiri adalah kemampuan untuk beraksi secara sihat dan produktif ketika menghadapi ringtangan atau trauma.


Sunday, June 8, 2014

KEJOHANAN FUTSAL PIALA MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN PARLIMEN CHERAS 2014


KEJOHANAN FUTSAL PIALA MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN PARLIMEN CHERAS 2014

Parlimen Cheras– Kejohanan Futsal Piala Menteri Wilayah Persekutuan Parlimen Cheras telah diadakan  pada 7 Jun 2014, bertempat The Challenger Sport Center Taman Cuepacs pada peringkat Parlimen Cheras  anjuran Yayasan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Cheras

Datuk Mahadi selaku perasmi penutup bergambar Kenangan bersama pasukan yang menang dalam Parlimen Cheras

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras Saudara Johari yazid
Ketua  Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Saudara Johari Yazid dalam ucapan beliau berkata seramai 30 pasukan menyertai Kejohanan ini, manakala 9 pasukan dari kalangan Puteri yang diwakili disetiap peringkat cawangan-cawangan didalam UMNO Bahagian Cheras.
Beliau juga memaklumkan bahawa kumpulan yang berjaya menjadi juara diperingkat Parlimen Cheras , Pasukan ini akan mewakili Bahagian UMNO Cheras  untuk merebut Piala Menteri Wilayah Persekutuan yang akan diadakan 21 Jun 2014 akan datang.

Ketua Puteri Bahagian Cheras Puan Nazatul Shima 
“Selain itu, kita berharap penganjuran kejohanan futsal ini juga akan memberi peluang kepada Peserta-peserta Pemuda / Puteri dapat mengenali Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dengan lebih dekat, menurutnya lagi Kejohanan ini diadakan bagi merapatkan hubungan siratulrahim dan dapat menarik golongan muda menjadi pengundi berdaftar  dalam Parlimen Cheras.

Beliau berkata, Kejohanan Futsal Piala Menteri Wilayah Persekutuan bukanlah kejohanan baru kerana kali terakhir ia diadakan pada 2011.

“Pemuda & Puteri akan mengambil inisiatif bagi menghidupkan semula kejohanan tersebut dan akan merancang menjadikannya acara tahunan,” dalam ucapan beliau.


Dato' Hajjah berucap pada perasmian pembukaan Kejohanan Futsal Piala Menteri Wilayah Persekutuan Parlimen Cheras

Turut hadir , Ketua Wanita UMNO Bahagian Cheras, Dato’ Hajjah Zurainah  Musa beliau hadir bagi perasmian pembukaan Kejohanan Futsal Piala Menteri Wilayah Persekutuan , manakala di sebelah petang perasmian penutup oleh, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Mahadi Abdul Shukor, Ketua Pemuda UMNO Negeri Wilayah Persekutuan , Saudara Razlan.
Datuk Mahadi (tengah) menerima Cenderahati dari Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Saudara Johari Yazid diiringi Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras Puan Nazatul Shima Shamsuddin bersama Naib Ketua Puteri Bahagian Puan Nurul Fadzillah





KEJOHANAN FUTSAL PIALA MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN PARLIMEN CHERAS 2014

Tarikh : 7 Jun 2014
Tempat : The Challenger Sport Centre
Yuran Penyertaan : RM50
Hadiah Pertandingan Terbuka Kategori Lelaki
Johan – RM1500 + Medal
Naib Johan – RM750 + Medal
Ketiga – RM500 + Medal
Keempat – RM500


Tarikh : 7 Jun 2014
Tempat : The Challenger Sport Centre
Yuran Penyertaan : RM50
Hadiah Pertandingan Terbuka Kategori Wanita
Johan – RM1000 + Medal
Naib Johan – RM750 + Medal
Ketiga – RM500 + Medal
Keempat – RM500