Monday, June 30, 2014

PERUTUSAN RAMADHAN KETUA PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Bismillahir Rahmanir Rahim

Salam Ramadhan kepada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian serta seluruh umat islam terutama di Malaysia.

Syukurlah kerana sekali lagi kita dapat menemui ramadhan bulan penuh keberkatan,Semoga kita diberi kekuatan dan kesihatan yang baik oleh Allah SWT untuk melengkapkan puasa sebulan ini dan pada masa yang sama dapatlah kita menambah ibadah sepanjang bulan ramadhan, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga atau menghitung hari untuk menyambut Aidilfitri.

Sebagaimana kita ketahui banyak ganjaran yang ditawarkan pada bulan ramadhan ini. Maka lakukanlah aktiviti yang menjurus ganjaran pahala yang berlipat kali ganda seperti membaca al-quran, membanyakan sedekah serta membantu anak yatim dan mereka yang memerlukan bantuan.

Kita Malaysia tentunya beruntung kerana dapat menjalani ibadah dalam suasana yang begitu aman selesa dan mewah dari segi makan bersahur & berbuka mahupun menjelang aidilfitri.
Menjadi kebiasaan kita orang Melayu mengenali Ramadan sebagai bulan puasa. Tanpa disedari sebutan yang sudah lama berakar umbi itu tidak tepat dengan pengertian sebenar Ramadan.

Ramadan bukan sekadar dihiasi dengan ibadat puasa yakni menahan diri daripada makan, minum dan apa sahaja yang membatalkan puasa kerana takrifan sebenarnya lebih luas lagi.
puasa juga sebenarnya boleh dilakukan pada bulan lain, seperti yang menjadi amalan sesetengah daripada kita iaitu bulan Rejab dan Syaaban. Sebab itulah penggunaan istilah Ramadan lebih tepat bagi menggambarkan maksud dalam melaksanakan amal ibadat sepanjang bulan penuh berkat ini.

Ramadhan juga membawa maksud bulan kebajikan di mana di dalamnya ada zakat fitrah yang menjadi kewajiban dilaksanakan setiap umat Islam. Umat Islam amat digalakkan bersedekah sebagai melengkapkan amalan ibadat puasa kita di siang hari. Ini kerana di sekeliling kita ada mereka yang kurang bernasib baik. Maka pada kesempatan ini kita hulurkan sedikit sumbangan kepada mereka.

Parti Politik lakukanlah gencatan politik buat sementara, ada yang menjadi ahli parti politik dan ada yang berada diluar parti atau di atas pagar, maka jika ada sebarang tazkirah elakan daripada bercakap mengenai politik kepartian, sebaliknya jadikan tazkirah untuk meningkatkan ilmu bukanya ke arah perpecahan.

Sama-samalah kita menyeru ke arah perpaduan umat islam dan Melayu.



Nazatul Shima Shamsuddin
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras

No comments: