Monday, May 17, 2010

BILAKAH BANGSA MELAYU AKAN SEDAR?

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras merasakan seluruh Bangsa Melayu harus memberi perhatian yang serius dengan fakta - fakta yang seperti berikut:

1. Barisan Nasional tidak lagi diterima oleh Bangsa Cina. Telah terbukti dengan penerimaan mereka di Pilihan Raya Kecil Sibu. Apa yang tersirat di sebalik yang tersurat, telah nampak bahawa Pemimpin MCA dan Gerakan tidak mampu lagi untuk memenuhi cita-cita bangsa Cina iaitu untuk memerintah Malaysia seperti di Singapura. Bangsa Cina tidak berpuas hati dengan hanya memegang 70% ekonomi Malaysia di mana Bangsa Melayu hanya memiliki 30%. Kalau boleh bangsa cina mahu bolot 100% Ekonomi di negara Malaysia.

2. Bangsa Cina sedar bahawa DAP yang berkiblatkan Singapura akan menjadikan negara Malaysia sebuah republik untuk "mereka" berkuasa dan berpolitik untuk generasi seterusnya. Jika ini berlaku, jangan haraplah Bangsa Melayu boleh bangkit semula. Pembangkang Melayu akan disenyapkan dengan tindakan memufliskan suara mereka seperti yang berlaku di Singapura hari ini.


3. Pada ketika itu, adalah masa yang sangat sesuai untuk Bangsa Cina merebut Kerajaan Putrajaya melalui Parti PKR dan PAS. Bangsa Melayu telah lama berpecah kepada UMNO dan PAS. Pemimpin PAS pula hanya mahu merebut peluang memerintah sahaja. Pemimpin PAS tidak kira kalau kuasa politik yang sebenarnya akan berada di tangan DAP. Lihat sahaja, apa yang terjadi di Negeri Selangor dan di Pulau Pinang, bagaimana Pemimpin PAS bagaikan "patung cendana" yang tidak langsung memikirkan dan membela nasib Bangsa Melayu.













4. Dalam masa yang sama, cuba perhatikan bagaimana Dato Seri Anwar Ibrahim dari PKR digunakan oleh DAP untuk menekan Nik Aziz dari kumpulan Erdogan PAS supaya jangan sekali-sekali bekerjasama dengan UMNO seperti yang pernah dicadangkan oleh Haji Hadi dan Nasharudin. DAP tahu jika UMNO dan PAS boleh berkerjasama, Bangsa Melayu akan jadi sangat kuat dan berupaya menghalang cita-cita politik Bangsa Cina. Sebenarnya Bangsa Melayu boleh meminda perlembagaan dan melenyapkan terus kuasa ekonomi dan politik Bangsa Cina dengan cara yang dilakukan oleh Kerajaan PAP Singapura. Niat pemimpin DAP mesti dihalang dengan tegas dan berani.


5. Selepas menganalisa Pilihanraya Kecil di Sibu, di seru Pemimpin Bangsa Melayu, jangan berlembut dengan Bangsa Cina dan membiarkan diri dipulas tangan (arm twisting) oleh MCA dan Gerakan. Kononnya hendak ambil hati Bangsa Cina. Tidak perlu lagi sebab Bangsa Cina sudah tidak ada hati lagi dgn Barisan Nasional!

6. Untuk mengembalikan kuasa politik kepada Bangsa Melayu di Pilihan Raya Umum ke13 nanti, UMNO haruslah meletakkan calon Melayu tempatan di kawasan majoriti Melayu. Calon Cina atau India hanya boleh diletakkan di kawasan majoriti Cina sahaja. Jangan diberi simpati lagi kepada Bangsa Cina ini. Adakah "MEREKA" dengan sepenuh hati memberi kerjasama kepada Bangsa Melayu?

7. Untuk meneruskan survival Bangsa Melayu, Pemimpin PAS dan Pemimpin UMNO mesti berkerjasama. Harus segera di tolak ke tepi segala perbezaan dan pendapat. Lihat saja senario bagaimana Bangsa Cina dari MCA, Gerakan dan DAP boleh bersatu untuk agenda politik mereka. Kenapa kita Bangsa Melayu tidak boleh membuat sesuatu demi kebaikan Bangsa Melayu bersama?


8. Bangsa Melayu dan Kesultanan Melayu mestilah bangun dari tidur sebelum terlambat. Jangan tunggu sehingga nasi telah menjadi bubur! Ibarat kata pepatah "Menyesal dahulu kedapatan menyesal kemudian tak berguna".

Renung-renungkan lah bersama......jangan sampai anak - cucu kita akan berkata, "TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"....HANYA HILANG DI BUMI MALAYSIA....kerana Tun Mahathir pernah berkata 'MELAYU MUDAH LUPA'......Oleh itu marilah kita semua beringat sebelum terlupa....

No comments: