Saturday, May 8, 2010

PENAMAAN CALON PILIHANRAYA KECIL P212 PARLIMEN SIBU


Hari ini adalah hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil untuk kawasan Parlimen P212 Bandar Sibu untuk memilih wakil rakyatnya yang baru bagi menggantikan tempat bekas Ahli Parlimen terdahulu iaitu mendiang Robert Lau Hoi Chew yang juga bekas Timbalan Menteri Kerja Raya Persekutuan yang meninggal dunia pada pertengahan bulan April lalu akibat penyakit kanser.

Kepada seluruh penduduk serta para pengundi untuk kawasan Parlimen Bandar Sibu yang merangkumi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu N.47 DUN Bawang Assan, N.49 DUN Nangka dan N.48 DUN Pelawan yang kesemuanya juga adalah milik Barisan Nasional, jadi ke atas bahu anda semualah harapan kebanyakkan rakyat Malaysia bertaut untuk melihat Barisan Nasional tetap mempertahankannya agar kekal kukuh di kerusi Parlimen P212 itu nanti dan harapan yang dituntut adalah sebagaimana sokongan padu anda semua sebelum ini terhadap ketiga-tiga kerusi DUN tersebut sehingga terus dikuasai oleh Barisan Nasional maka begitulah hendaknya bagi kerusi Parlimen Sibu.

Pusat penamaan calon dan penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Suarah Sibu. Sebanyak 45 pusat pengundian akan diadakan dengan yang terkecil di SJK(C) Kai Nang di Ensurai dengan 143 pengundi berdaftar.Pusat pengundian terbesar ialah di Tadika Taman Rajang dekat Sibu dengan kira-kira 3,484 pengundi berdaftar. Pusat pengundian paling jauh ialah di SK Sungai Rasau, kira-kira sejam setengah perjalanan menaiki bot panjang yang mempunyai kira-kira 300 pengundi berdaftar.

Kerusi Parlimen Sibu mempunyai kira-kira 54,695 pengundi berdaftar termasuk 2,537 pengundi pos, 5,740 Melayu (10.5 peratus), 36,389 Cina (66.7 peratus), 12,050 Iban (22.1 peratus), 54 India (0.01 peratus) dan kaum lain 289 (0.53 peratus).Berilah sokongan padu untuk calon SUPP/BN, terjemahkan sokongan anda semua dengan ikut sama berarak biarpun hanya sampai dimana garisan yang telah ditetapkan oleh pihak polis serta oleh pihak SPR dan selain itu patuhilah peraturan yang dikeluarkan demi keselesaan semua dan tunjukkanlah kepada pemimpin pihak pembangkang bahawa penyokong BN sentiasa mematuhi undang-undang serta menghormati semua peraturan serta arahan yang telah diberi oleh pihak yang berwajib.

No comments: