Monday, May 24, 2010
JUARA RAKYAT PLATFORM BARISAN NASIONAL SELAMI DENYUT NADI RAKYAT
Kuala Lumpur, 22 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Program Juara Rakyat anjuran Barisan Nasional (BN) menjadi salah satu platform penting kepada kerajaan untuk mendekati dan mendapat maklum balas masyarakat.
Ini menurutnya penting kerana apabila dapat bersama masyarakat kerajaan akan lebih mengenali lebih dekat apa jua permasalahan mereka.
“Program Juara Rakyat ialah untuk kita mendekati rakyat, kita nak tahu apakah aspirasi mereka, apakah perkara yang mereka mahu kita beri perhatian dan tumpuan dan bila kita sama-sama dapat bermesra ini, kita dapat tahulah apakah perasaan mereka.
“Walaupun pada umumnya mungkin situasi adalah baik tapi bila kita duduk semeja bercakap dan bertanya, saya dapat faham ada perkara-perkara tertentu yang perlukan perhatian daripada pimpinan tempatan dan juga pihak kerajaan,” katanya.
Dalam jadual padat program Juara Rakyat peringkat Wilayah Persekutuan yang dihadiri, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata segala maklum balas yang diterima daripada masyarakat akan dikumpul bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Jelas beliau walaupun Wilayah Persekutuan adalah kawasan ibu kota yang dianggap sebagai kota meteropolitan namun ia bukanlah bermakna kawasan ini tidak ada masalah yang perlu diberi perhatian.
“Masalah isu bandar masih merupakan isu utama, baik soal tempat kediaman, kebersihan, peluang pekerjaan, pelesenan, soal-soal berkaitan dengan kebajikan dan rakyat miskin bandar,” katanya.
Selain program di PPR Sungai Bonus, beliau sebelum itu melancarkan program Hari Keluarga bersempena Program Juara Rakyat peringkat Wilayah Persekutuan di PPR Perkasa,Cheras.
Ketika berucap di PPR Perkasa, beliau memberitahu kerajaan bersetuju untuk membiayai sebahagian kos penyelenggaraan prasarana rumah-rumah di bawah PPR di Wilayah Persekutuan.
Beliau berkata, keputusan tersebut dipersetujui Kabinet kerana tidak mahu kerosakan yang dialami di kawasan perumahan PPR itu semakin teruk.
“Kerosakan lif berlaku di mana-mana… bertahun-tahun rosak, tangga agak teruk. Jadi kerajaan menimbang dan Kabinet buat keputusan apa saja prasarana, soal pembaikan lif dan kos sebahagian akan ditanggung oleh kerajaan.
“Kita ada tabung dan Yayasan Wilayah Persekutuan yang kita gunakan bersama tabung yang lain supaya kemudahan di rumah pangsa terus dijaga, walaupun ‘management committee’ atau badan pengurusan bangunan rumah pangsa tidak dapat mengurusnya dengan baik,” ujarnya.
Selain berkunjung di PPR Perkasa dan PPR Sungai Bonus, beliau turut melaungkan masa berkunjung ke PPR Seri Melaka, Cheras bagi menghadiri majlis perkahwinan selain menyertai penduduk setempat bagi acara minum petang.
Apa yang lebih menarik kunjungan beliau di tempat terbabit adalah dengan menaiki bas bersama pemimpin-pemimpin BN yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Puteri UMNO harus memastikan sayap ini sentiasa relevan di dalam parti.
Oleh itu, pendedahan tentang siapa PKR sebenarnya haruslah dibuat secara meluas.
Puteri sepatutnya menjadi srikandi seperti Tun Fatimah dalam membela agama, bangsa dan negara.
PKR=Illmuninati.
Wake Up
Betul puteri haruslah menjadikan Tun Fatimah sebagai idola perjuangan, yang tidak pernah takut akan musuh...lawan...tetap lawan
Post a Comment