Thursday, June 24, 2010

PERSIDANGAN PERWAKILAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS 2010

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah mengadakan Persidangan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Cheras 2010, pada 19 Jun 2010. Bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Perasmian serentak Persidangan Perwakilan Puteri , Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Cheras telah dirasmikan oleh YAB DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM , Ketua Menteri Melaka.

Pada ucapan perasmian Persidangan Serentak Puteri, Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tindakan Pas dan terbaru DAP meletakkan syarat atau aku janji untuk setiap ahlinya menunjukkan kedua-dua parti itu hanya berselindung di sebalik prinsip demokrasi di negara ini. Tindakan sedemikian dilihat sebagai satu penindasan kerana kedua-dua parti itu tidak memberi kebebasan kepada ahlinya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Cheras di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee, Ketua Wanita UMNO Bahagian Cheras, Datuk Faridah Abu Hassan, Ketua Pemuda UMNO , Tuan Syed Mehdhar Syed Abdullah dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina binti Sharif.

Beliau mengulas tindakan DAP yang mahu menguatkuasakan perjanjian yang mensyaratkan setiap wakil rakyatnya membayar ganti rugi sebanyak RM5 juta jika bertindak keluar daripada parti itu. Selain DAP, Pas juga telah meletakkan syarat di mana wakil rakyatnya perlu mengikrarkan baiah atau sumpah taat setia yang mana sekiranya keluar parti akan jatuh talak tiga terhadap isteri mereka.

Dato Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tindakan DAP menguatkuasakan syarat ganti rugi RM5 juta itu menunjukkan parti tersebut merupakan sebuah parti yang mengamalkan rasuah.

"Syarat ini amat menghairankan saya kerana setiap individu telah diberi kebebasan untuk memilih mana-mana parti yang ingin mereka sertai. Jadi, mereka bebas untuk masuk atau keluar," katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, K. Keshvinder Singh keluar DAP membuktikan parti itu merupakan sebuah parti yang autokratik.

"DAP jelas tidak memberi peluang kepada wakil rakyatnya untuk bersuara dan menyatakan kebenaran. Sehubungan itu, ramai ahlinya bertindak keluar parti menjadi wakil rakyat Bebas dan menyokong Barisan Nasional (BN)," katanya.

No comments: