Wednesday, June 2, 2010

SERANGAN GANAS TENTERA ISRAEL KE ATAS KONVOI KEMANUSIAAN UNTUK GAZA


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras merasakan tidak ada perkataan yang layak diberikan kepada rejim Zionis Israel selain daripada kejam, zalim, biadab dan tidak berperikemanusiaan. Malah, rejim Zionis itu selayaknya menerima gelaran sebagai negara pengganas kerana membunuh aktivis pro-Palestin yang menyertai flotila bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza.

Apa yang mendukacitakan aktivis pro-Palestin ini tidak bersenjata dan hanya mahu menghantar bantuan kepada penduduk Palestin yang hidup menderita kerana kekurangan makanan dan ubat-ubatan akibat sekatan yang dikenakan oleh Israel.Flotila kebebasan itu yang disertai oleh kapal-kapal bantuan dari beberapa negara termasuk dari Malaysia, Indonesia, Iran, Turki, Greece, Sweden, Ireland dan beberapa negara lagi, sebelum ini telah pun menghadapi rintangan setelah Israel mempengarahui negara-negara sekutunya dan ejen-ejen pro-Yahudi untuk menghalang pelayaran kapal-kapal tersebut.

Flotila tersebut yang bergerak dari pelbagai destinasi dijadual bertemu di tengah Laut Mediterranean untuk berkumpul dan berlayar secara berkumpulan menuju ke Gaza. Israel mungkin boleh menyekat pergerakan penduduk Palestin tetapi senjata rejim Zionis Israel tidak akan mampu menyekat kesedaran masyarakat dunia bagi membantu dan membela nasib penduduk Palestin yang terus ditindas.

Konvoi dan flotila keamanan ini tidak perlu sama sekali sekiranya Israel tidak menindas penduduk Palestin, melakukan keganasan, menafikan hak mereka dan melakukan serangan. Amaran Israel akan mengambil tindakan ke atas flotila ini kerana menceroboh perairan Gaza adalah mengarut semata-mata kerana konvoi ini hanya untuk menghantar bantuan kepada penduduk Palestin.
Israel perlu dikutuk! PBB perlu digesa untuk bersidang bagi mengutuk dan menyekat tindakan biadap, tidak berperikemanusiaan dan kurang ajar zionis ini!

PARLIMEN MALAYSIA yang bakal bersidang pada 7 hb Jun ini PERLU MEMBAWA USUL MENGUTUK dan MENDESAK PBB MENGAMBIL TINDAKAN KE ATAS ISRAEL!

Seluruh Ummah perlu terus memboikot barangan YAHUDI ini! Kempen Boikot Zionis adalah WAJIB! Heret Israel ke MAHKAMAH DUNIA!

OIC perlu mengeluarkan satu suara sepakat dan bersama mengutuk Israel! Kewujudan Tentera negara-negara Islam perlu difikirkan dengan mendalam dan direalisasikan!!!

Israel Adalah Musuh Islam!!!
Marilah kita bersama-sama melakukan solat hajat dan berdoa agar terpelihara keselamatan rombongan misi keamanan ke Palestin yang sedang diambang merbahaya diancam oleh Israel. Tindakan Israel tersebut merupakan tindakan pengganas yang sewajarnya segera disekat oleh kuasa dunia.

No comments: