Monday, December 6, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, ingin mengambil kesempatan mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432. Di doakan semoga iman umat islam bertambah mantap, amalan di perbanyakkan dan rezeki umat islam akan bercambah, perjuangan menegakkan syiar Islam dimantapkan, seiring dengan peredaran zaman yang semakin mencabar ini.

Tarikh 1 Muharam 1432, adalah bersamaan pada hari selasa 7 Disember 2010 atau akan di sambut kehadirannya pada maghrib hari ini.

Semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini. Ia merupakan satu permulaan untuk ke jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Jadikanlah hijrah yang sebenar seperti hijrah nabi kita yang kita sayangi Nabi Muhammad SAW. Amin.

Untuk itu juga, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin berkongsi makluman acara Majlis Sambutan Maal Hijrah 1432.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan merasmikan Majlis Maal Hijrah peringkat kebangsaan 1432H/2010M, di Dewan Plenari, Putrajaya International Convention Centre (PICC), pada esok bersamaan hari selasa. Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut hadir.

Bertemakan “1Malaysia 1Ummah”, Majlis Sambutan Maal Hijrah 1432 ini akan turut di hadiri oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, serta YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri-menteri kabinet dan jemputan tetamu luar negara.

Majlis ini mengikut jadual bermula pukul 8.30 pagi, bersama tetamu jemputan daripada badan kerajaan dan swasta yang akan turut serta memeriahkan majlis ini.

Sama-samalah kita meraikannya, insyallah.

1 comment:

WHERE2 said...

Salam,

http://where2-where2.blogspot.com/

PHONICS - Belajar membaca asas bahasa Inggeris..

Blog dalam bahasa Malaysia kepada yang berminat belajar asas membaca bahasa Inggeris dari rumah, atau ibubapa yang ingin membantu anak2 mereka belajar membaca bahasa Inggeris.

Saya seorang balu, selama 10tahun membuka kelas secara kecilan dari rumah memberi bimbingan kepada anak2 kampung sekitaran belajar membaca asas BI.

Satu cadangan, aktiviti ini juga boleh dijadikan sumber pendapatan (tiusyen) dari rumah bagi golongan ibu tunggal yang tidak dapat keluar mencari kerja kerana anak2 masih kecil dan sebagainya.

Salam