Monday, June 6, 2011

"ROAD TOUR" PENAMBAHAN KEAHLIAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Biro Keahlian dan Biro Sukarelawan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah menganjurkan program "Road Tour" Penambahan Keahlian Puteri UMNO bertempat di PPR Sri Alam Cheras.

Program yang di ketuai sendiri oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif, merupakan program turun padang ke Perumahan Rakyat di sekitar Parlimen Cheras di samping menjalinkan hubungan silaturahim dengan penduduk setempat.


Pelbagai aktiviti telah di laksanakan pada hari Ahad, 05 Jun 2011 bersama - sama Jawatankuasa Komuniti penduduk PPR Sri Alam, Cheras dan telah melibatkan pelbagai agensi Kerajaan seperti Jabatan Kesihatan Cheras Baru, wakil Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Pusat Giat Mara serta dengan kerjasama ahli-ahli jawatankuasa Puteri UMNO bahagian Cheras.

Acara bermula seawal jam 8.00 pagi dengan aktiviti Senamrobik bersama penduduk - penduduk PPR Sri Alam. Kaunter pemeriksaan kesihatan percuma, kaunter pendaftaran Pemilih dan kaunter pendaftaran ahli baru Puteri UMNO telah di buka untuk kemudahan penduduk PPR Sri Alam, Cheras.

Aktiviti mewarna lukisan dan program mengunting rambut secara percuma telah di lakukan khusus untuk anak - anak penduduk PPR Sri Alam. Program "Road Tour" ini telah mendapat sambutan dari penduduk PPR Sri Alam dan akan di teruskan ke lokasi PPR di sekitar Parlimen Cheras."Program seterusnya akan di adakan di PPR Pudu Ulu yang akan melibatkan kerjasama wakil Komuniti Penduduk PPR Pudu Ulu, Cheras", menurut kata Puan Sarina Sharif, Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras.


No comments: