Wednesday, October 26, 2011

AL FATIHAH KEPADA AYAHANDA SITI SALINDA

AL FATIHAH


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin menyampaikan ucapan takziah kepada Saudari Siti Salinda Hassan, Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Cheras, diatas pemergian Ayahanda tercinta ke rahmatullah petang semalam.

Jenazah Allahyarham telah di bawa ke Surau Abbas Al Habshee, PPR Laksamana untuk di mandikan serta di kafankan dan solat jenazah telah disempurnakan selepas solat maghrib. Jenazah Allahyarham ayahanda Siti Salinda telah di kebumikan di kampung Allahyarham di Melaka.

Turut hadir mengiringi jenazah Allahyarham ketika di bawa van jenazah ke Melaka adalah Datuk Mahadi - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Nasir Ghani - Naib Ketua UMNO Bahagian Cheras, Tuan Haji Syed Mehdhar - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif - Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras dan Setiausaha Bahagian UMNO Bahagian Cheras merangkap Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Cheras - Hajjah Zurainah Musa.

Datuk Wira Syed Ali Al Habshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras,
turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Siti Salinda, melalui pesanan kepada Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras. Datuk Wira Syed Ali sedang mempunyai urusan kerja di dalam negeri ketika berita pemergian Allahyarham ayahanda Siti Salinda di maklumkan.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AL-Fatihah. Amin...

1 comment:

Siti Salinda said...

Assallammualaikum.... Al-fatihah..
Alhamdulilllah atas doa semua, sahabat, rakan taulan & saudara mara urusan menyempurnakan jenazah arwah abah saya Hassan Bin Hj. Mahmod, berjalan dengan lancar & di permudahkan..

Kepada barisan kepimpinan dari Umno Bahagian Cheras serta rakan2 dari Puteri Umno Bahagian Cheras, Terima kasih kami sekeluarga ucapkan kepada semua yg datang menziarah jenazah arwah ayahanda saya.

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa2 & keikhlasan kalian semua.. Aminn
Al-Fatihah........