Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah mengadakan program Rahmat Ramadhan 2012 siri ke 3 pada 4hb Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadhan 1433, bertempat di Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel Kuala Lumpur.
Program Rahmat Ramadhan siri ke 3 ini adalah merupakan kesinambungan Program Rahmat ramadhan tyang terdahulu dari cetusan idea, Ketua Pregerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif.
Siri pertama pada tahun 2010, program Rahmat Ramadhan yang di anjurkan bersama - sama ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras dengan kehadiran penceramah khas yang di undang iaitu Ustaz Akil Hayy.
Pada siri ke 2 pada tahun 2011, Pergerakan Puteri UMNO bahagian Cheras telah bersama - sama ahli Pergerakan Puteri UMNO melaksanakan program gotong royong , membersih , mengecat dan membaik pulih Rumah Anak Yatim Baitul Ihsan, Taman Maluri, Cheras Kuala Lumpur.
Untuk tahuin 2012 bagi siri ke 3 ini, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras dengan kerjasama Kelab Perintis Muda telah mengambil inisiatif mengadakan program Rahmat Ramadhan dengan pendekatan mencegah Gejala Sosial dan "Cautious 4 Crime" (C4C).
Seramai 300 orang pelajar IPTS yang terdiri dari pelajar - pelajar Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics, Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskills, Kolej Segi, Kolej Profesional Baitulmal dan Kolej Akademi Binaan Malaysia telah hadir untuk mendengar tazkirah yang dikhususkan untuk golongan remaja dengan menerapkan ilmu pengetahuan dari sudut agama di samping memberi kesedaran tentang masalah gejala sosial yang sering berlaku pada hari ini.
Penceramah jemputan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM), iaitu Ustaz Hairul Amin Haji Madun Al Hafiz, telah berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menangani gejala sosial pada sessi tazkirah petang itu.
Dalam majlis yang sama , seramai 30 orang terdiri dari anak - anak yatim , pelajar tahfiz Al Yamani dan pelajar - pelajar Kolej yang berkelayakan telah menerima bantuan yang tealah di sampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Wira Syed Ali Al Habshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan. Turut hadir untuk majlis berbuka puasa pada Progaram Rahmat Ramadhan petang itu adalah Datuk Mahadi Abdul Syukor, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Hajjah Zurainah Musa, Setiausaha UMNO Bahagian dan Ahli - Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Cheras.
Pegerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terimakasih kepada Datuk Wira Syed Ali Al Habshee yang telah memberi sumbangan dan duit hari raya kepada pelajar - pelajar Kolej yang telah hadir pada Program Rahmat Ramadhan siri ke 3.
Semoga dengan sumbangan yang di beri dapat membantu mereka yang memerlukan di dalam persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang
No comments:
Post a Comment