Monday, August 27, 2012

SALAM AIDILFITRI 1433 HIJRAH




PERUTUSAN DATUK WIRA SYED ALI ALHABSHEE

Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Salam Aidil Fitri kepada seluruh kaum muslimim dan muslimat khususnya warga UMNO Bahagian Cheras dan Wilayah Persekutuan amnya, dengan doa semoga Allah S.W.T. akan memberkati perjalanan hidup kita dan semoga amalan sepanjang Ramadhan memperolehi rahmat-Nya.Insyaallah.

Saya mengambil kesempatan ini, menjelang Syawal, untuk memohon kemaafan di atas segala kesilapan, kecuaian dan kealpaan yang telah dilakukan sama ada secara zahir mahupun batin, kerana sudah menjadi fitrah manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Sesungguhnya yang buruk itu datangnya daripada saya dan yang baik itu milik Allah S.W.T.

Marilah kita bersyukur di atas segala rahmat dan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada kita sekeluarga, kepada negara kita, kepada bangsa kita dan kepada perjuangan agama kita, Islam, yang kita dokong dan tegakkan selama ini.

Sesungguhnya rahmat dam nikmat Allah S.W.T. itu terlalu besar dan tidak terhitung oleh kita, justeru kita dituntut untuk mensyukuri segala limpahan rahmat-Nya agar kita menjadi umat yang terlindung daripada segala bala dan musibah.

Oleh sebab itu, saya berharap seluruh umat Islam di negara ini agar kembali bersatu di atas satu jemaah yang kukuh dengan semangat perpaduan dan permuafakatan untuk mengharungi cabaran masa kini, yang sesunguhnya amat mencabar dan menggugat kredibiliti umat Islam di negara ini.

Akhir kata, bersempena dengan kedatangan 1 Syawal, saya dan keluarga sekali lagi memohon ribuan maaf di atas segala salah silap, semoga Aidil Fitri kali ini akan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin.
 
 PERUTUSAN KETUA PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Assalamu’alaikum W.B.T

Pejam celik, pejam celik,  kita umat Islam di Malaysia dan beberapa negara yang sewaktu dengannya akan menyambut kedatangan Syawal 1433H, pada 19 Ogos 2012 (Ahad). 

Saya, Sarina Sharif mewakili Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada  pembaca dan pengikut blog Puteri UMNO Bahagian Cheras.

Saya juga menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada ahli - ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras dan kepada semua yang pernah membaca entri-entri dalam blog  Puteri UMNO Bahagian Cheras ni. 

Satu pesanan dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras kepada mereka yang balik ke kampung halaman tu lebih-lebih lagi yang memandu kenderaan sendiri, pandulah  elok-elok.

Amalkan pemanduan berhemah di jalan raya dan paling penting, banyak-banyakkan bersabar. Ingat orang tersayang. 

Semoga selamat sampai ke kampung dan selamat kembali juga nanti. InsyaAllah.

Akhir kata, selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Selamat bergembira.
 

No comments: