Friday, August 31, 2012

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI PULAU PINANG

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah hadir meraikan majlis perkahwinan anak lelaki Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman di Dewan Merdeka,Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Ketibaan Datuk Seri Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut oleh Datuk Seri Zainal Abidin dan isterinya Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin. 

Datuk Seri Najib dan isteri turut merenjis air mawar dan menepung tawar kedua mempelai Nadhir Ashafiq Zainal Abidin dan Shazwani Mohd Sharif.

Beliau meluangkan masa lebih sejam beramah mesra dengan pengantin dan keluarga serta menikmati hidangan pada majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 orang tetamu. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, serta Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan beberapa menteri kabinet.

Nadhir Ashafiq, 24, merupakan anak sulung daripada empat beradik dan bekerja di syarikat agen kargo udara manakala isterinya Shazwani, 24, anak bongsu daripada enam beradik mengusahakan butik tudungdi Putrajaya.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah terlibat secara langsung dalam Majlis Perkahwinan tersebut sebagai urus setia sambutan tetamu.

Di kesempatan ini, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai.

No comments: