Tuesday, November 27, 2012

PROGRAM SENAMROBIK "IT'S YOUTH FIT SELAMBA DANCE"

 
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras dengan kerjasama Kelab Perintis Muda telah menganjurkan Program Senamrobik dan Kelas Penjagaan Kesihatan khusus untuk golongan wanita muda dan Ahli Pergerakan Puteri UMNO  pada 24 November 2012 yang lalu bertempat di Perfect Workout Studio ,  15 - 1 Jalan Wangsa Delima 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
 
Program Senamrobik "It's Youth Fit Selamba Dance" dan Kelas Penjagaan Kesihatan telah di kendalikan oleh Ratu Aerobik iaitu Puan Lynda Al Qudree yang berpengalaman dan terkenal di Ibukota. Program tersebut telah mendapat sokongan dari Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, Saudari Sarina Sharif  dan telah di hadiri seramai 50 orang peserta. 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 

No comments: