Friday, November 30, 2012

UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO BAKAR SEMANGAT AHLI UMNO HADAPI PEMBANGKANG - KATA DATUK WIRA SYED ALI


Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan ucapan dasar Presiden UMNO, Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak, sebagai luar biasa dan membakar semangat ahli-ahli parti untuk menghadapi PRU ke-13.

"Inilah ucapan Najib yang saya lihat amat luar biasa, penuh dengan semangat perjuangan dan sarat dengan harapan ikhlas untuk terus mempertahankan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang," tegasnya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menjelaskan, keseluruhan ucapan tersebut turut memberi amaran kepada pembangkang bahawa UMNO telah pulih sepenuhnya dan sudah bersedia untuk berdepan dengan ancaman lawan.

"Dato Seri Najib telah membunyikan semboyan perang, kita sudah bersedia sepenuhnya dan akan terus berjuang mempertahankan agama, bangsa dan tanahair," tegasnya.
 
Menurut beliau, ucapan hampir dua jam itu telah membangkitklan kesedaran di kalangan ahli-ahli parti terutama peringkat akar umbi betapa UMNO kini sudah bersedia untuk menghadapi apa jua ancaman daripada pakatan pembangkang.

Malah tegas beliau, Dato Seri Najib yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia  telah melontarkan mesej yang jelas bahawa perpaduan, kesepakatan dan ikhlas dalam perjuangan akan menentukan kemenangan serta masa depan UMNO.

"Intipati ucapan presiden parti banyak berkisar kepada persedian dan kesiap-siagaan ahli-ahli UMNO untuk menghadapi parti lawan pada PRU ke-13," ujarnya.
"Ini telah menyuntik semangat juang para perwakilan, ucapan tadi amat meyakinkan sekali.

Sehubungan itu, Datuk Wira Syed Ali yakin UMNO kini sudah berada di atas landasan yang tepat untuk mengulangi kemenangan yang lebih cemerlang dan seterusnya mengekalkan Putrajaya.

Beliau menarik perhatian pendirian Dato Seri Najib sudah jelas bahawa UMNO tidak akan berkomporomi dengan mana-mana pihak yang cuba menghancurkan kestabilan politik negara.

Katanya, peringatan Perdana Menteri yang begitu konsisten memberi keyakinan kepada rakyat bahawa cita-cita pembangkang untuk menawan Putrajaya tidak akan kesampaian.

Beliau juga berkata, 'pembongkaran' pembohongan dan kecelaruan parti-parti pembangkang seperti dinyatakan oleh Dato Seri Najib jelas menunjukkan mereka (pembangkang) tidak mempunyai isu yang boleh meyakinkan rakyat.

"Tidak ada apa isu yang dibawa pembangkang, hanya cerita bohong, fitnah dan memperalatkan agama untuk kepentingan politik," katanya.

Bersetuju dengan saranan Dato Seri Najib bahawa PAS tidak perlu lagi menjanjikan negara Islam, Datuk Wira Syed Ali berkata janji sedemikian sudah dibuat sejak lebih 20 tahun lalu.

"Lebih 20 tahun PAS menipu rakyat kononnya memperjuangkan Islam, tetapi dalam masa yang sama mengkafirkan sesama Islam dan bersubahat dengan DAP, parti perkauman yang menentang kepentingan orang Melayu,"tegasnya.

Menurutrnya, setiap kali datangnya pilihan raya, PAS akan dendangkan lagu-lagui pendustaan kononnya akan memperjuangkan dan menubuhkan negara Islam termasuk menjanjikan syurga tetapi ternyata cerita itu bohong dan karut semata-mata.


"Najib telah membunyikan semboyan perang, kita sudah bersedia untuk terus berjuang.." 
Justeru, beliau mahu mesej yang dilontarkan oleh Presiden UMNO itu akan diterjemahkan ke peringkat akar umbi supaya rakyat tidak lagi keliru dengan dakyah pembangkang.

Beliau juga melahirkan rasa 'terkejut' melihat kebanjiran ribuan ahli-ahli UMNO yang memenuhi dewan  ruang ligar PWTC.

"Mereka bukan perwakilan, tetapi datang daripada pelusuk tanahair semata-mata untuk menzahirkan sokongan padu  kepada Najib selaku presiden parti, ini perkembangan yang amat memberangsangkan," tegasnya
Beliau menyifatkannya sebagai satu kebangkitan semangat yang berkobar-kobar di kalangan ahli parti untuk menghadapi pembangkang pada PRU ke-13.

"Melihat kepada semangat dan pengorbanan itu, saya percaya UMNO dan BN tidak mempunyai halangan sukar untuk mencipta kemenangan yang lebih besar," ujarnya.

1 comment:

UMNO PARTI PENJARA said...


Agenda Palsu Muhyiddin - Pemuda & Puteri UMNO rela dibodohkan

~ BUKTI 1 ~

~ BUKTI 2 ~



UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap memilih jadi bodoh?

2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...

~ BUKTI 1 ~

~ BUKTI 2 ~

~ BUKTI 3 ~

~ BUKTI 4 ~

Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang berkurang. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul.. ( Buktikan kalau saya bercakap bohong)

Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.

Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR....

~ (( Budaya Samseng )) - Ahli2 Mahu Lari Dari UMNO ~

Biarkan UMNO bersendirian... Mereka tidak mahu bersatu, kita boleh bersatu sesama kita... Mereka pentingkan perpecahan... Biarkan mereka... Mereka lebih mengutamakan keganasan untuk mengekalkan kuasa... Biarkan mereka..... Mereka hanya mahu jadi samseng... Biarkan mereka samseng selamanya....

Biarkan pemimpin2 UMNO memperbodohkan ahli2 mereka selamanya...