Wednesday, June 4, 2014

FESTIVAL ADAT-ADAT NEGERI BERENDOI BERAMAI-RAMAI (CUKUR JAMBUL) BERLANGSUNG MERIAH



Cheras 1 Jun 2014.- Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah mengadakan Program Festival Adat-adat Negeri Berendoi Beramai-ramai, berlangsung dengan  meriah di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel Kuala Lumpur.

Program ini juga menjemput kumpulan marhaban dari cawangan Sri Sarawak , Qasidah dari Kumpulan Al-Yamani dan 40 orang bayi menyertai program berendoi (cukur Jambul.

Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia Saudari Zahida Zarik Khan "Peluang mengikuti program adat berendoi sebegini memberikan inspirasi kepada beliau untuk menggiatkan semula kesenian dan budaya adat resam orang Melayu yang sudah semakin pudar di Kota Metropolitan.


Program seperti ini sangat  bermanfaat kerana ianya program menyeluruh yang merangkumi golongan generasi  ibu-ibu muda (ahli puteri) bapa muda (pemuda) dan golongan ibu (wanita).program yang menerapkan adat-adat melayu ini haruslah dicontohi agar ia tidak ditelan zaman. 


Beliau juga dimaklumkan bahawa festival ini akan dijadikan sebagai program tahunan Puteri Cheras dan ingin mengambil tajuk program tersebut dibawa ke peringkat Puteri UMNO Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Festival Adat-adat Negeri Berendoi Beramai-ramai (Cukur Jambul) anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras.



Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Nazatul Shima Shamsuddin, dalam ucapan beliau berkata, tujuan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengadakan festival ini adalah untuk menerapkan elemen-elemen adat –adat kemelayuan yang semakin hari semakin pudar, majlis ini diadakan juga bagi merapatkan siratulrahim serta ukhuwah diantara Pergerakan Puteri UMNO dengan masyarakat,  serta merapatkan ibu-ibu muda dalam kota metropolitan dan mendedahkan pada masyarakat bahawa warisan berendoi ini harus dikekalkan sebagai mercu tanda melayu. 

Sebagai tanda terima kasih, kami Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menghadiahkan pembukaan akaun Skim Simpanan Pelajaran Negara SSPN kepada semua bayi yang menyertai majlis ini, Festival ini disertai oleh seramai 40 orang bayi yang telah didaftarkan dalam skim SSPN, simpanan ini adalah bertujuan untuk menggalakan sikap menabung dari kecil, juga untuk simpanan pelajaran demi masa depan mereka.
Program ini diadakan bagi mengekalkan adat dan warisan menyuburkan adat-adat melayu zaman dahulu bagi meraikan dan mewar-warkan  kelahiran bayi dalam masyarakat kampung.

Merapatkan hubungan siratulrahim dikalangan ibu-ibu muda dalam Kota Metropolitan. Mendedahkan kepada masyarakat bahawa warisan berendoi ini harus dikekalkan sebagai mercu tanda melayu, penyertaan peserta untuk festival ini dibuka kepada  ibubapa yang mempunyai bayi yang berusia dari kelahiran hingga enam bulan.

Konsep seperti ini memerlukan satu konsep yang bukan sahaja dapat menggamit perasaan atau emosi tetamu yang hadir, malah konsep ini harus relevan terhadap mempertingkatkan  adat melayu lama secara amnya.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mencadangakan “Konsep Ciri-ciri adat Melayu lama” kerana ia merujuk secara terus kepada bangsa Melayu sendiri, iaitu pada zaman rakyat jelata melayu pada masa dahulu.  Konsep ini mengambil unsur-unsur tertentu untuk mengingatkan orang Melayu tentang warisan adat  budaya bangsa mereka agar ia berkembang seiring dengan peredaran masa.

Konsep ini juga dipilih memandangkan ia berupaya untuk menaikkan semangat orang Melayu melalui pendekatan yang menyingkap kembali sejarah bangsa kita yang mempamerkan ciri-ciri keperkasaan, ketelitian, kreatif dan inovatif.

Dengan program berkaitan adat berendoi (cukur jambul) seperti ini kami mendalami kepelbagaian hidup manusia. Adat seperti ini diadakan hanya ada pada masyarakat yang  berkemampuan melakukan perlaksanaan supaya tiada berlaku konflik adat dan agama supaya adat menjadi ibadah yang menjadi amalan dalam islam mendapat manfaat ibadah dari Allah S.W.T

LENSA SEKITAR MAJLIS FESTIVAL ADAT-ADAT NEGERI BERENDOI BERAMAI-RAMAI (CUKUR JAMBUL)













No comments: