Monday, July 20, 2009

MAJLIS PELANCARAN BLOG PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS



Tarikh : 17 Julai 2009
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras

Pada masa kini rakyat mudah untuk meluahkan pendapat ataupun pandangan yang secara terbuka menerusi laman web mahupun di laman blog. Pandangan yang positif ini amatlah perlu kepada setiap pergerakan untuk menjadi landasan dan untuk menerima maklumbalas kepada sesuatu tindakan yang diambil.

Laman Blog atau laman Web juga adalah merupakan satu platform untuk menyebarkan maklumat dengan pantas kepada masyarakat umumnya dan kepada ahli-ahli Puteri UMNO khususnya mengenai aktiviti dan maklumat yang dijalankan oleh UMNO Bahagian mahupun di peringkat UMNO Cawangan.

Dengan ini Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, telah melangkah setapak kehadapan dengan melancarkan Blog Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras pada 17 Julai 2009. Majlis Pelancaran Blog ini telah di sempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Shahanim Mohd Yusof, Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia pada Persidangan Tahunan Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras.



2 comments:

puteri.cheras said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam....perjuangan suci harus berlandaskan kepada ajaran yg diperjuangankan atas dasar keikhlasan. pemimpin terbaik adalah pemimpin prihatin yg syg dan kasih akan kesusahan org lain yg dan berusaha mebantunya bukan sahaja dengan wang ringgit malaha tenaga dan senyuman.
hargai teman-teman yg banyak membantu bukan dengan segunung senyuman sahaja tetapi dengan lafaz terima kasih...
tahniah dan semoga perjuangan puteri diberkati