Monday, July 20, 2009

PERSIDANGAN TAHUNAN PERWAKILAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


Tarikh : 17 Julai 2009
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras

Hari yang penting dan bermakna bagi Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, di mana pada 17 Julai 2009 ini telah berlansungnya Persidangan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Cheras bagi tahun 2009. Majlis Perasmian telah diadakan secara gilang gemilang di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel. Majlis ini juga telah diserikan lagi dengan persembahan Koir dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane, Cheras dan persembahan nyanyian solo lagu Warisan oleh wakil Exco Puteri UMNO Bahagian Cheras.



Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras amat berbangga kerana YB Datuk Rosnah Hj Abdul Rashid Shirlin, Ketua Puteri UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia telah sudi menerima undangan dari Puteri UMNO Bahagian untuk menghadiri dan merasmikan Majlis Perasmian Persidangan Puteri UMNO Bahagian Cheras. Namun disebabkan kesihatan YB Datuk Rosnah yang tidak mengizinkan, maka Majlis Perasmian Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Puan Shahanim Mohd Yusof, Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia. Di dalam ucapan perasmian beliau, Puan Shahanim telah menekankan beberapa garis panduan kepada ahli-ahli Puteri untuk sama-sama memahami dan cuba mengikuti prinsip 6S. Prinsip 6S yang dimaksudkan adalah; SAYANG, SETIA, SEMANGAT, SELALU BERSAMA GOLONGAN MUDA, SUNGGUH-SUNGGUH BUAT PROGRAM dan SENYUM SELALU.



Di majlis tersebut juga, Y. Bhg. Datuk Wira Syed Ali Al Habshee yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Cheras telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM 5,000.00 kepada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian. Dalam ucapan Yang Berbahagia Datuk Wira Syed Ali, beliau berharap sumbangan ini dapat memberi dorongan kepada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras untuk lebih aktif dan menganjurkan lebih banyak program yang memanafaatkan kepada ahli - ahli Puteri UMNO di peringkat Cawangan khususnya.

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS, INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN MENGUCAPKAN SELAMAT BERSIDANG KEPADA SEMUA AHLI - AHLI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN DI SELURUH MALAYSIA YANG AKAN MENGADAKAN PERSIDANGAN TAHUNAN PERGERAKAN PUTERI UMNO.

No comments: