Monday, February 22, 2010

PROGRAM JUARA RAKYAT DI KAMPUNG CHERAS BARU.


Program Juara Rakyat anjuran Biro Kebajikan UMNO Bahagian Cheras, telah di adakan pada 21 Februari 2010 bertempat di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur.

Pelbagai aktiviti dijalankan pada program bertema Bulan Kebajikan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas Wilayah Persekutuan (JASA) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Seramai 200 orang penduduk setempat telah berganding bahu bersama-sama Ahli - Ahli Pergerakan Puteri, Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Cheras dalam menjayakan program Gotong Royong membersihkan persekitaran Kampung Cheras Baru.

Dalam ucapan perasmian Program Juara Rakyat tersebut, Datuk Wira Syed Ali Al Habshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan telah berkata,adalah penting bagi UMNO bersifat ikhlas dan menarik penglibatan masyarakat setempat dalam mencapai matlamat program itu. "Untuk menjadi juara,kita bukan sekadar mengadakan program, tetapi kita juga harus menyelesaikan masalah tempat", katanya.



Pada Majlis "Cinta Kasih Rakyat" sempena Program Juara Rakyat, Datuk Wira Syed Ali Al Habshee dan Puan Sarina Sharif,Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Cheras merangkap Ketua Puteri UMNO Bahgaian Cheras, turut mengunjungi dua buah rumah setinggan warga emas dan memberi sumbangan kepada mereka.

Disamping itu sessi Dialog bersama Pemimpin telah di adakan dengan mengambil pendekatan membantu penduduk setempat meluahkan masalah dan pemimipin memberikan pandangan mereka. Kaunter Suruhanjaya Pilihanraya dan Kaunter Daftar Keahlian Baru UMNO juga telah disediakan bagi memudahkan penduduk setempat menyemak dan mendaftar sebagai pemilih mahupun sebagai ahli UMNO.

No comments: