Monday, February 8, 2010

LAWATAN TERTUTUP UMNO BAHAGIAN CHERAS KE UMNO BAHAGIAN BANDAR TUN RAZAK ("BTR")


Pada 5/2/2010 (Jumaat) jam 8:00malam, UMNO Bahagian Cheras telah membuat Lawatan Tertutup ke UMNO Bahagian Bandar Tun Razak. Program ini melibatkan semua AJK 4 Peringkat dari UMNO Bahagian Cheras dan juga UMNO Bahagian Bandar Tun Razak.Justify Full


Program ini merupakan kerjasama yang di bentuk antara UMNO Bahagian Cheras dan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak dalam bersama-sama mengatur strategi dan bersiap sedia untuk memastikan agar kerusi Parlimen Bandar Tun Razajk pada PRU13 kembali menjadi milik Barisan Nasional (BN).


Strategi ini telah termaktub di dalam pelan tindakan yang telah dipersetujui pada Kursus di ILMU , Janda Baik yang lepas. UMNO Bahagian Cheras dan UMNO Bahagian Tun Razak adalah merupakan UMNO Bahagian yang pertama menyahut cabaran yang telah dirangkakan oleh Pemimpin Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.

Insyallah kami dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras pasti akan membantu menjayakan apa yang telah direncana oleh UMNO Bahagian demi memastikan kemenangan PRU13 kelak.

2 comments:

warisan tokku said...

awal-awal bahagian ko orang dah angkat bendera puteh di kerusi parlimen cheras, kawasan sendiri ka?! alahai bahagian cheras......xkan ko orang udah surrender awal & x terlawan lgi dgn tan kok wai kot?!!!

puteri.cheras said...

Assalamualaikum WARISAN TOKKU,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan/Puan kerana sudi menjengah ke blog kami.

Tuan Warisan, adakah perkataan berkerjasama/membantu ini menunjukan kelemahan kami??? ataupun memperlihat seakan kami mahu lari???

Jawapan yer tidak sama sekali, cuma kami mahu memastikan BTR menang dengan cemerlang dan parlimen cheras nasib org2 melayu disini tetap terbela...walau apa apa jadi sekali pun itulah tanggungjawab kami....

harap warisan tokku dapat bersama-sama untuk memberikan idea2 yg boleh membantu utk menjayakan lagi strategi memenanggi kerusi PRU13 ini.

Terima kasih