Sunday, July 1, 2012

PERASMIAN PERSIDANGAN SERENTAK PERGERAKAN PUTERI DAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN CHERAS


Datuk Wira Syed Ali Al Habshee ketika berucap merasmikan Persidangan serentak Pergerakan Puteri dan Pemuda  UMNO Bahagian Cheras, di Pusat Rekreasi Cheras, petang semalam (Sabtu). 
"Ahli-ahli UMNO dingatkan jangan kerana pentingkan periuk nasi, sanggup khianati perjuangan parti," tegas Datuk Wira Syed Ali Alhabshee , Ketua UMNO Bahagian Cheras merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayqah Persekutuan.

Dalam ucapan Datuk Wira Syed Ali, beliau menegaskan, perjuangan parti harus diutamakan kerana ia menjamin masa depan anak cucu akan datang. Oleh sebab itu tegas beliau, ahli-ahli parti di semua peringkat harus memikul tangungjawab yang di amanahkan.

"Sesiapa yang tidak melaksanakan tanggungjawab yang di amanahkan, pasti akan disoal oleh Allah S.W.T. di akhirat kelak,"katanya.

Sehubungan itu katanya, menjadi kewajipan ahli parti untuk berani menegur pemimpin kerana seseorang pemimpin itu tidak akan terlepas daripada kecuaian.

"Kita kena tegur mereka (pemimipn) jika teguran itu baik untuk parti, rakyat dan negara serta agama," ujarnya.

"Lagipun, kita jangan amalkan sikap bodek, ampu dan kipas pemimpin kerana inginkan sesuatu habuan," tegasnya lag.

Turut hadir Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Hajah Faridah Abu Hassan, Ketua Pemuda Bahagian, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah, Ketua Puteri, Puan Sarina Sharif dan Setiausaha UMNO Bahagian, Puan Hajah Zurainah Musa.

Beliau turut mengingtakan generasi muda UMNO supaya mengambil iktibar daripada sejarah penubuhan UMNO di zaman Dato' Onn Jaafar. "Pemimpin terdahulu berkorban harta dan nyawa untuk kemerdekaan negara ini, jangan pula nikmat kemerdekaan itu digadaikan kerana agenda politik," tegasnya.

Syed Ali juga mahu ahli-ahli UMNO berani menyerang balas dakyah dan fitnah yang disebarkan oleh pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Mereka ini adalah penyangak politik, kumpulan ini harus di tentang kerana cuba menjahanamkan negara ini," ujarnya.

Beliau juga turut menyelar tindakan pembangkang yang berhasrat untuk 'menawan Putrajaya' pada PRU ke-13 akan datang.

"Dulu Anwar kata nak lelong Putrajaya jika mereka berkuasa, hari ini pula nak tawan, nak jadi Perdana Menteri, ini semua dakyah karut," tegasnya.

Dalam perkembangan yang sama, Datuk Wira Syed Ali mahu Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO menggerakkan jentera siber untuk menangkis dakyah dan fitnah pembangkang.

No comments: