Sunday, July 1, 2012

PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO BAHAGIAN CHERAS 2012

Menteri Kewangan ke 2, Datuk Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah akan merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Bahagian Cheras pada hari ini 1 Julai 2012 (Ahad) bersamaan 11 Syaaban 1433 Hijrah.

Majlis perasmian yang dijangka akan bermula pada jam 9.30 pagi dan akan berlangsung di Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, Cheras.

UMNO Cheras merupakan bahagian pertama yang mengadakan mesyuarat agungnya, daripada 192 UMNO bahagian di seluruh negara.

Datuk Seri Haji Ahmad Husni yang juga merupakan Bendahari Agung UMNO Malaysia dijangka akan mengupas pelbagai isu semasa terutamanya berkaitan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Seramai 295 orang perwakilan akan menyertai persidangan tersebut.

Majlis perasmian tersebut dijangka turut dihadiri oleh wakil-wakil parti komponen Barisan Nasional (BN) peringkat Parlimen Cheras dan Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, perasmian serentak Persidangan Tahunan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian telah diadakan pada hari semalam 30 Jun  2012 (sabtu) di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.

Pada Ahli - Ali Puteri UMNO Bahagian Cheras adalah dijemput hadir bersama - sama memeriahkan upcara Majlis Perasmian Persidangan Tahunan UMNO Bahagian Cheras.

No comments: