PERSIDANGAN
Tahunan UMNO Bahagian Cheras hari ini telah meluluskan Tiga (3) usul tanpa
dibahas, sepertimana yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Usul, Datuk Haji Md. Nasir Ghani merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Cheras di Persidangan UMNO Bahagian Cheras, semalam.
ketiga-tiga
usul tersebut akan dibawa ke peringkat tertinggi kepimpinan UMNO
Malaysia.
Berikut
ialah usul yang diluluskan tanpa bahas oleh para perwakilan UMNO Bahagian Cheras:-
1.
Pembelaan Nasib Generasi Kedua Penduduk Setinggan Wilayah Persekutuan
Usul dari : UMNO
Cawangan Pasar Pudu
Menyedari
wujudnya pelbagai masalah sosial, kemudahan pembelajaran, setinggan dan ekonomi
warga kota kesan daripada penghijrahan generasi pertama meneroka kehidupan di
Kuala Lumpur, maka Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
disarankan supaya memberi perhatian terhadap perkara tersebut :
1.1.
Mengadakan satu geran khas untuk pembelajaran anak-anak generasi ketiga penduduk
setinggan dalam bentuk biasiswa.
1.2
Mengadakan satu geran khas untuk generasi kedua dan ketiga penduduk setinggan
yang ingin atau sedang menjalankan perniagaan.
1.3. Memberi
keistimewaan dan keutamaanm seperti lesen perniagaan, permit teksi, lot-lot
perniagaan dan sebagainya.
1.4.
Mewujudkan satu koperasi berdasarkan kepada bekas kampung-kampung setinggan asal
mereka.
1.5.
Mengadakan rawatan percuma kepada generasi pertama penduduk
setinggan.
1.6.
Pertahankan hak-hak harta Melayu, DAN
1.7 Tanah
rezab Melayu di Kuala Lumpur hendaklah ditambah demi kepentingan penduduk di
Kuala Lumpur.
2.
Sikap Biadab Pelajar Malaysia di Luar Negara Terhadap Kerajaan Dan Perdana
Menteri
Usul dari : UMNO Cawangan Jalan Menteri
Menyuarakan
bantahan dan kekesalan terhadap sikap pelajar-pelajar Malaysuia di luar negara
yang biadap dan kurang ajar dengan sengaja melakukan gangguan semasa Perdana
Menteri, Y.A.B. Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berucap pada satu majlis di
London, baru-baru ini.
Dengan ini,
usul telah dicapai bagi mendesak Kementerian Luar Negeri, Kementerian Dalam
Negeri dan Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Pelajarabn mengambil
pendekatan dengan menziarahi pelajar-pelajar berkenaan.
3.
Ikrar Taat Setia (baiah) Secara Bertulis Berhubung Pemilihan Calon Untuk
Bertanding Pada PRU ke-13
Usul dari : UMNO Bahagian
Mencadangkan
kesemua 191 Ketua-ketua UMNO Bahagian, Ahli Jawatankuasa Bahagian dan kepimpinan
Empat Peringkat di seluruh negara, mengadakan ikrar taat setia secara bertulis
berhubung calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Ikrar
bertulis ini sebagai pengakuan dan bukti bahawa mereka akur dan memberi sokongan
tidak berbelah bagi kepada mana-mana calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan
parti, demi menjamin kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).
Kesedaran
ini dibuat sebagai kesinambungan kepada ikrar yang dilafazkan oleh seluruh
Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan para perwakilan UMNO pada hari terakhir
Perhimpunan Agung UMNO Malaysia, di Dewan Merdeka, PWTC, pada tahun
2011.
Ikrar
berulis yang diusulkan oleh UMNO Bahagian Cheras dengan menekankan kepada ikrar
taat setia kepada parti, patuh dan akur terhadap keputusan pucuk pimpinan, tidak
akan melakukan aktiviti, kegiatan atau tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai
khianat dan mensabotaj parti.
Ikrar itu
penting kerana :
* Bagi
mengelak mana-mana pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon tidak akan
berpaling tadah atau menikam daripada belakang.
* Bagi
memastikan bilik-bilik gerakan dan pusat semakan pengundi sentiasa
aktif.
* Bagi
menjamin segala maklumat, gerakkerja termasuk dana pilihan raya sampai ke bilik
gerakan dan jentera pilihan raya.
* Bagi
menjamin setiap pemimpin dan ahli-ahli parti sentiasa berpegang kepada ikrar dan
rasa bertanggungjawab kepada parti.
Ikrar yang
dibuat secara bertulis itu akan dijadikan bukti sejauhmana keberkesanan dan
sikap amanah ahli-ahli terhadap perjuangan parti walaupun tidak terpilih sebagai
calon pilihan raya.
Malah
diyakini ikrar bertulis akan lebih efisyen dan relevan bagi menjamin parti
sentiasa kukuh dan tidak dikhianati oleh golongan tertentu.
Pesanan Puteri : Terimakasih kepada semua perwakilan dan Ahli Ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras yang telah hadir di Persidangan UMNO Bahagian Cheras. Jutaan terimakasih atas sokongan dan komitmen perwakilan dan ahli - ahli kepada Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras.
Pesanan Puteri : Terimakasih kepada semua perwakilan dan Ahli Ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras yang telah hadir di Persidangan UMNO Bahagian Cheras. Jutaan terimakasih atas sokongan dan komitmen perwakilan dan ahli - ahli kepada Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras.
No comments:
Post a Comment