Monday, September 22, 2014

HARI PENGUNDIAN PRK DUN N.O1 PENGKALAN KUBOR 25 SEPTEMBER 2014




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor adalah pada 13 September 2014, manakala hari pengundian akan diadakan pada 25 September 2014.


Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof ketika mengumumkannya di Ibu Pejabat SPR Putrajaya pada 29 Ogos 2014 bulan lalu turut memaklumkan undi awal ditetapkan pada 21 September dan undi pos pula ditetapkan pada 13 September bagi pengundi di luar negara manakala 15 September untuk pengundi dalam negara.

Calon Barisan Nasional Mat Razi Mat Ail ditentang calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary
Pusat penamaan calon ditetapkan di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat manakala pusat penjumlahan undi pula adalah di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Biji Wangsa, Tumpat. Pusat Pengundian awal SPR akan menggunakan Dewan Delima, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.“ 11 sekolah akan digunakan sebagai Pusat Mengundi (PDM) yang mengandungi 46 saluran tempat mengundi.

PRK ketujuh selepas PRU pada Mei tahun lepas diadakan selepas ADUN Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar, 57, meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, baru-baru ini.Allahyarham adalah Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.Kerusi DUN Pengkalan Kubor terletak dalam kawasan Parlimen Tumpat.

PAS pada PRU 2008 menyerahkan kerusi Pengkalan Kubor kepada PKR tetapi gagal merampasnya daripada Barisan Nasional (BN) selama dua penggal berturut-turut.

No comments: