Monday, September 22, 2014

JAWATANKUASA PUTERI UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN TURUT BERKEMPEN DI PRK PENGKALAN KUBOR



 Ketua Puteri Wilayah  SharifahAminah  Habshee (Sha Habshee)  bersama barisan Jawatankuasa Puteri UMNO Wilayah Persekutuan berkempen di PRK Dun N.01 Pengkalan Kubor

Datin Seri Utama Anggraini dan Datin Halimatun  serta Ketua Puteri WPSharifah Aminah (Sha Habshee)   beramah mesra bersama penduduk setempat di PRK Pengkalan Kubor
22 September 2013 - Ketua Puteri Wilayah  Sharifah Aminah Habshee bersama Jawatankuasa Puteri Wilayah turut berkempen di PRK Pengkalan Kubor untuk membantu Calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail ditentang calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.


Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor beramah mesra bersama masyaratkat Siam di  Kg. Mertua Pengkalan Kubor
Sepanjang berada di Pengkalan Kubor Tumpat Kelantan, Jawatankuasa Puteri UMNO Negeri WP, telah menghadiri beberapa program seperti Rumah ke rumah bersama Datin Seri Utama Anggraini isteri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan merangkap Ketua Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato' Seri  Utama Tengku Adnan Tengku Mansor , Program sebegini dapat mendekati serta bersuai kenal bersama penduduk dan masyarakat sekeliling, sebanyak 13 buah rumah telah mereka lawati disekitar Pusat Pengundi (PDM) Dun N.01 Pengkalan Kubor.

Barisan Ketua-ketua Puteri Bahagian UMNO Wilayah Persekutuan  bersama YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Ketua Puteri Bahagian Puan Nazatul Shima bersama Jawatankuasa  Puteri UMNO Negeri WP, mendengar ceramah di PRK Pengkalan Kubor
Program bersama Pengundi Siam di Kg. Mertua, telah dihadiri oleh Pengerusi Badan Penghubungan UMNO Wilayah Persekutuan juga merangkap Ketua Menteri Wilayah persekutuan  YB Dato' Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Masor.

Persembahan Dikir Barat oleh Masyaratkat setempat di PRK Pengkalan Kubor
Menurut Ketua Puteri Wilayah beliau berkata’ betapa bertuahnya pengundi di Pengkalan Kubor jika menyokong calon Barisan Nasional (BN) kerana BN mampu membela rakyat yang diwakilinya.

UMNO Bahagian Cheras juga turut menghantar  petugas -petugas  ke PRK Pengkalan Kubor Tumpat Kelantan.

SEKITAR LENSA DI PRK DUN N.01 PENGKALAN KUBOR TUMPAT KELANTAN
























No comments: