Saturday, September 20, 2014

DATUK SERI SYED ALI ALHABSHEE - MAJLIS SAMBUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DIADAKAN DISETIAP CAWANGAN UMNO BAHAGIAN CHERAS




Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras bersama Ketua Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hadir di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO Cawangan Kg. Bukit Tangki Air

Sepanjang bulan Syawal 1435 Hijrah, Majlis Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri telah diadakan disetiap 31 Cawangan UMNO dalam UMNO Bahagian Cheras.

Pelbagai konsep Raya serta idea-idea perlaksanaan kreativiti pada setiap Cawangan masing-masing yang telah mengadakan Majlis Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri bersama ahli-ahli diperingkat Cawangan.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee  telah memberi peruntukan sebanyak Tiga Ribu Ringgit (RM3,000)  bagi mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri disetiap  31 Cawangan dalam UMNO Bahagian Cheras,

Menurut Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, beliau berkata UMNO Bahagian Cheras tidak mengadakan Majlis Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang sentiasa  diadakan pada  setiap tahun, bagi menghormati tragedi Nahas Pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Donestdk, Ukraine sehingga mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal, pada 17  Julai 2014 bersamaan 19 Ramadhan 1435H, selaras dengan keputusan pembatalan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2014 yang telah diumumkan Anggota Jemaah di Pejabat Perdana Menteri.

Beliau juga berkata tujuan memberi peruntukan kepada setiap 31 Cawangan bagi mengeratkan dan merapatkan ukhuwah pemimpin bersama Ahli-ahli Cawangan diperingkat akar umbi serta  mendekatkan diri kepada masyarakat setempat.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengucapkan  jutaan terima kasih kepada Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang telah menjalankan peranan kepimpinan  beliau sebagai Ketua Bahagian yang banyak berjasa kepada UMNO Bahagian Cheras dan juga Masyarakat sekeliling.

SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI YANG TELAH DIADAKAN SETIAP CAWANGAN-CAWANGAN

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO Cawangan Taman Miharja Fasa II

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO Cawangan Pekan Cheras Baru

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO Cawangan Sri Selangor

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO Cawangan Kg. Cheras Baru

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO Cawangan Jalan Baiduri

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO Cawangan KM4
Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO Cawangan Pudu Ulu














No comments: