Monday, September 22, 2014

PERASMIAN MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN CHERAS TAHUN 2014

YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz menerima cenderhati dari Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Albshee ketika Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras Tahun 2014 telah diadakan pada tarikh 10hb Ogos 2014 bersamaan 14 Syawal 1435H, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras dimulakan jam 8.00 pagi bertempat Tingkat 14, Manhattan II, Hotel Berjaya Times Square Jalan Imbi Kuala Lumpur.




Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz Ahli Majlis Tertinggi merangkap Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia .


Wakil 10 Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras

Dengan bangganya kami sayap bongsu Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengucapkan TAHNIAH & Terima Kasih kepada kepimpinan Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, Ketua UMNO. Kami sayap bongsu akan memberikan kerjasama dalam menyumbangkan idea dan tenaga dengan penuh dedikasi serta dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam meneruskan kesinambungan meningkatkan dalam UMNO Bahagian Cheras.

Perwakilan Puteri Bahagian bergambar kenangan bersama Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras , Puan Nazatul Shima Shamsuddin
Justeru diharapkan kerjasama warga UMNO Bahagian Cheras dapat memberi sokongan atau sumbangan yang sepenuhnya dalam perjuangan parti tertua di Malaysia UMNO.

Barisan Petugas Puteri  dari meja pendaftaran Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras 




No comments: