Monday, August 10, 2009

PERSIDANGAN PERWAKILAN TAHUNAN UMNO BAHAGIAN CHERAS

Tarikh : 04hb Ogos 2009
Masa : 2.00 petang - 11.00 malam
Tempat : Hotel Prince, Kuala Lumpur

Pada 4/8/2009 (Selasa) adalah detik yang bersejarah kerana buat julung kalinya Persidangan Perwakilan Tahunan UMNO Bahagian Cheras telah diadakan pada hari bekerja. Kehadiran para perwakilan dari cawangan - cawangan pada Persidangan Tahunan 2009 amat menggalakkan. Persidangan Perwakilan Tahunan UMNO Bahagian Cheras ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Menteri Malaysia yang bertempat di Prince Hotel, Kuala Lumpur.

Hadir sama di majlis tersebut Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wiayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Zainal Abiddin, Ketua-Ketua UMNO Bahagian serta ketiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan.




Berucap di Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cheras di sini petang Selasa lalu, Syed Ali menjelaskan UMNO sedar ada pengkhianat bangsa yang sanggup lakukan apa sahaja bagi mencapai cita-cita politik mereka. Beliau turut menyentuh mengenai perkembangan UMNO di Wilayah persekutuan yang menurutnya semakin menampakkan adanya perubahan.

Katanya, perlantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan telah memberi nafas baru kepada ahli-ahli parti.

“Kita kini hanya tiga kerusi Parlimen, kalau nak dikira sebenarnya kita sudah tak ada kuasa lagi, tetapi bernasib baik kerana kita bukan kerajaan negeri,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mahukan identiti Wilayah Persekutuan sebagai ‘Jendela UMNO’ dikembalikan semula dengan kerja keras semua pihak di dalam parti.

Beliau menambah, UMNO harus mempunyai kekuatan dalaman diperingkat akar umbi bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat.

Yang Berbahagia Datuk Wira Syed Ali turut mengingatkan Ketua-Ketua UMNO Cawangan supaya menggerakkan pelbagai aktiviti kearah mendekatkan anggota masyarakat dengan dasar perjuangan parti.

Pada Persidangan Perwakilan Tahunan UMNO Bahagian, Puan Norhana Abas telah membaca teks ucapan mewakili kepada Puan Sarina Sharif Ketua Puteri UMNO Bahagian yang tidak dapat hadir disebabkan masalah kesihatan yang tidak dapat di elakkan.

No comments: